NISAH HARON, sasterawan muda dan ibu kepada lima orang anak. Lahir pada 20 April 1973 di Seremban, Negeri Sembilan dan mantan peguam (1997-2006) sebelum menjadi pengarang sepenuh masa. Pendidikan awalnya di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban kemudian meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang undang-undang (1997). Setelah bertugas sebagai peguam selama lapan tahun, beliau menyambung pengajian undang-undang ke peringkat sarjana (2006).Mula menulis sejak tahun 1988 dan karya pertama tersiar di dalam majalah Dewan Siswa (1990) berjudul “Di Sebalik Wajahmu, Aries”. Antara anugerah penulisan yang pernah dimenanginya ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97) melalui cerpennya “Persidangan Agung Wanita Klasik”, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 & 2007. Blog peribadinya boleh dilayari di www.annyss.blogspot.com. Terkini, Nisah Haron adalah pemenang hadiah pertama Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-12 melalui cerpennya Aset Istiqamah.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025