Penulis

Noraida Arifin

Noraida binti Arifin dilahirkan pada 11 Disember 1974. Beliau merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chabang Empat dan Sekolah Menengah Tumpat. Pada tahun 1994 beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam jurusan Sains Komputer di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1999 dengan Datu Mohd Rithauddeen Datu Nasir. Sekarang, beliau memegang jawatan sebagai jurutera kanan disalah sebuah syarikat multinasional. Beliau berpengalaman selama lima tahun sebagai jurutera sistem yang bertanggungjawab terhadap sistem dan aplikasi komputer yang mengawal proses pengeluaran dan pembuatan.

Ibu kepada tiga orang anak ini adalah pencetus idea kepada portal komuniti herba dan e-group myherba di Malaysia. Berasaskan pengetahuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT serta minat yang mendalam dalam bidang perubatan berasaskan herba, beliau bertekad menyumbang kepada perkembangan industri herba di Malaysia menerusi laman web www.melur.com dan komuniti myherba.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024