Penulis

Nurul Aini K. Azhari

Nurul Aini Khairul Azhari dilahirkan pada 21 Januari 1985 di negeri Kedah Darul Aman. Anak kepada Encik Khairul Azhari Hj Abdul Majid dan Puan Kursiah Hj Abdul Hamid ini merupakan anak pertama dari lapan orang adik-beradik.

Beliau memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Sri Selama, Selama, Perak pada tahun 1992 hingga 1997. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor (1998), Sekolah Menengah Taman Melawati, Kuala Lumpur (1999-2000), Maktab Rendah Sains Mara Mersing, Johor (2001-2002). Selepas tamat pelajaran peringkat menengah beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pulau Pinang selama satu tahun (2003). Kini beliau sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan Sains dengan Pendidikan peng-khususan Kimia.

Semasa di alam persekolahan beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, Ahli Lembaga Disiplin Pelajar, Naib Setiausaha Kelab Catur dan aktif dalam mengendalikan program-program motivasi sebagai fasilitator. Beliau juga pernah menyertai pertandingan pidato dan melukis peringkat sekolah. Beliau sangat berminat bermain catur dan banyak menyertai kejohanan catur sehingga ke peringkat negeri.

Penglibatan beliau dalam memegang banyak tanggungjawab dan menyertai pelbagai program menimbulkan kesedaran dan idea di dalam menghasilkan buku MENGURUS DIRI DAN MASA ini.

Menurut beliau lagi, hasil penulisan ini dapat membantu remaja dalam mengendalikan kehidupan seharian yang kian mencabar. Beliau banyak menghabiskan masa lapangnya dengan membuat kajian mengenai personaliti remaja. Beliau menulis sejak berumur 20 tahun.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020