Penulis

Parlindungan Marpaung

Parlindungan Marpaung, Drs., Psi, MT., MA. lahir di Jambi, Indonesiapada 13 November 1968. Beliau adalah seorang ahli psikologi di dalam bidang industri dan organisasi. Penulis menamatkan pengajiannya dalam bidang Teknik Pengurusan Industri (MT) dan Pelayanan Perkotaan (MA) di Bandung.

Sejak berada di universiti lagi, beliau cenderung dalam bidang latihan dan perkembangan, dan masih lagi terus mengasah kemampuannya hingga ke hari ini. Malah, pakar psikologi Profesor Dr. John Nimpoeno, mengatakan dalam salah satu analisisnya, penulis memiliki bakat dan meninggalkan kesan yang mendalam ketika memberi latihan.

Dunia latihan dan perkembangan juga membawanya menjadi Ketua bahagian Personel dan Perhubungan Awam (Chief of Personnel and General Affair) di sebuah syarikat perkilangan dan juga sebagai Pelatih (West Regional Trainer) di sebuah syarikat assurance usaha bersama, dan juga sebagai perunding di pelbagai syarikat dan pakar latihan (training specialist) di PT Kereta Api Indonesia (Persero).

Berbekalkan pendidikan dan pengalaman itulah, sejak tahun 1993 dengan latihan yang diberikannya beliau membawa banyak perubahan pada syarikat-syarikat seperti farmasi, syarikat tekstil, pakaian, perbankan, universiti, hospital, hiburan, penyiaran, penerbitan, BUMN/BUMD dan juga pemerintah-pemerintah daerah. Jadi, tidaklah keterlaluan sekiranya ribuan orang, khususnya para pekerja dan golongan profesional yang mengikuti latihan yang diberikannya, menggelar penulis sebagai Pelatih yang Memberansangkan (The Inspiring Trainer).

Selain daripada menjadi penceramah bagi seminar-seminar dan sebagai pelatih, Parlindungan juga berkecimpung dalam bidang penyiaran iaitu sebagai hos di radio golongan profesional, K-Lite 107.1 FM Bandung dalam rancangan Smart Inspiring (sebuah rangan talkshow yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan peribadi dan syarikat)

Parlindungan Marpaung boleh dihubungi di telefon bimbitnya yang bernombor 0812 235 4736 dan tinggal di Bandung, Indonesia bersama isteri serta dua orang buah hatinya, Sephine dan Calvin.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024