Penulis

Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi

Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi dilahirkan pada 12 April 1981 di Ipoh, Perak dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah.

Mendapat pendidikan agama di Sekolah Rendah Agama al-Islah, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Ma’hadul Azhar (Institut Tahfiz al-Quran dan Pengajian Islam) Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang dan Sekolah Agama al-Tahzib Titi serong, Parit Buntar, Perak.

Ketika berusia 14 tahun, beliau meneruskan pembelajaran di Madrasah Dirosah al-Khossoh, Abbasiyyah, Kaherah, Mesir dan menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab pengkhususan Syariah Islamiyyah di Universiti al-Azhar, New Damietta City, Mesir.

Penulis meneruskan pembelajarandi Mesir pada peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah Islamiyyah di American Open University, Kaherah, Mesir.

Mendirikan rumahtangga pada usia 21 tahun dengan Intan Syafiena binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kini berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga aktif di dalam aktiviti Khidmat Kemasyarakatan dan menyampaikan ceramah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024