Penulis

Prof.Madya Dr.Mohd.Yusuf Ahmad

Penulis adalah kakitangan akademik di Open University Malaysia (OUM). Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sekolah Pondok di Seberang Perai dan sekolah Arab Al-Mashoor di Pulau Pinang. Mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Kuala Lumpur dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Di Peringkat Pengajian Tinggi pula mendapat Ijazah Sarjana PendidikanAl-Quran dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah rendah dan menengah dan Pejabat Pendidikan Daerah di Bukit Mertajam, Seberang Perai. Penulis juga pernah berkhidmat di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur dan Jabatan Penuntut Malaysia, Los Angelis, USA.

Akhir sekali penulis berkhidmat sebagai pensyarah sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sekarang, beliau adalah Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia, Kuala Lumpur. Hasil penulisan pula,terdapat beberapa buah buku yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan, YADIM dan Penerbit Universiti Malaya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024