Penulis

Rasfan Abu Bakar

Rasfan Abu Bakar dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1979.Mendapat pendidikan seni visual secara formal di beberapa universiti terkemuka di Malaysia. Pemegang Diploma Rekaan Komputer Grafik dari Kolej Cosmopoint, Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Halus UiTM dan Sarjana Seni Visual dan Rekaan USM.Beliau adalah seorang pensyarah dan pernah berkhidmat di beberapa universiti terkenal di Kuala Lumpur. Kini, beliau berkhidmat di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Kuala Lumpur.Selain menjadi pendidik, beliau aktif berkarya dan menyertai pelbagai pameran. Malahan, beliau pernah memenangi pelbagai pertandingan dan pengiktirafan. Selain fotografi, beliau berkarya dalam beberapa disiplin lain seperti catan, seni cetak dan rekaan grafik.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024