Penulis

Rhenald Kasali

Pemikiran yang terbuka menjadikan seseorang lebih mudah menerima perubahan. Tetapi baginya, itu tidak mencukupi. Perubahan bukan hanya satu wacana. Bagi menggerakkan perubahan, seorang pemimpin perlu mengajak orang lain melihat apa yang dia lihat, bergerak dan menyelesaikannya. Rhenald Kasali, Ph.D. mengajak anda melakukan perubahan secara tuntas.Pergaulannya di peringkat antara bangsa menjadikan beliau yakin, perubahan di negaranya begitu mendesak. Beliau pernah bekerja bersama-sama dengan Prof. Michael Porter dari Universiti Harvard dalam mendorong perusahaan-perusahaan, daerah-daerah dan pemerintah memperbaiki daya saing. Beliau juga menjalin kerjasama dengan beberapa universiti di Asia bagi mengembangkan konsep cluster.Beliau terlibat dalam memperbaharui organisasi-organisasi di Indonesia dan turut menjadi penasihat bebas bagi dua perusahaan yang menghadapi krisis iaitu Indofarma dan Dirgantara Indonesia. Menurut beliau, kedua-dua perusahaan itu hanya dapat diselamatkan dengan mengurusnya menggunakan cara-cara baru. Kini, beliau menjadi penasihat bebas di sebuah perusahaan automotif.Rhenald Kasali turut menguruskan Program Doktor Falsafah Pengurusan di Universiti Indonesia. Di sini juga, beliau melakukan perubahan. Daripada sebuah program yang dianggap tua dan tidak menarik, menjadi program yang disegani, berkualiti dan bertenaga.Di Indonesia, namanya dikenali oleh pelbagai golongan kerana kemampuannya berkomunikasi dengan jelas dan meyakinkan. Beliau pernah menjadi bintang iklan satu produk nasional, menjadi hos rancangan talk show di televisyen dan menjadi juri bagi pertandingan Putri Indonesia. Selain itu, dia juga adalah tokoh kewangan majalah Investor. Rhenald Kasali juga mendirikan sebuah perpustakaan kanak-kanak di Desa Jati Murni, Bekasi. Buku ini adalah bukunya yang kesebelas. Beliau memegang gelaran Ph.D. dan Master dari Universiti Illinois, Urbana-Champaign di Amerika Syarikat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024