Penulis

Rick Frishman

Rick Frishman penerbit di Morgan James, pengasas Planned Television Arts, beliau sudah memegang gelaran pegawai seranta tersohor di Amerika Syarikat selama lebih 30 tahun. Beliau pernah bertugas dengan editor buku, agen persuratan, dan penerbit terkemuka termasuk Simon dan Schuster, Random House, Wiley, Harper Collins, Pocket Books, Penguin Putnam, Morgan James, dan Hyperion Books. Beliau juga pernah bekerja dengan pengarang best seller seperti Mitch Albom, Bill Moyers, Stephen King, Caroline Kennedy, Howard Stern, President Jimmy Carter, Mark Victor Hansen, Nelson DeMille, John Grisham, Hugh Downs, Henry Kissinger, Jack Canfield, Alan Deshowitz, Arnold Palmer, David Hancock, dan Harvey Mackay.

Rick pernah muncul di dalam beratus rancangan radio dan lebih sedozen rancangan televisyen seluruh negara termasuk OPRAH dan Bloomberg televisyen. Beliau juga pernah dipaparkan dalam New York Times, Wall Street Journal, Associated Press, Selling Power Magazine,New York Post, dan banyak penerbitan lain.Beliau menjadi pengarang bersama 10 buku termasuk best seller nasional Guerrilla Publicity and Networking Magic. Bersama personaliti media Robyn Freedman Spizman, Rick juga menulis siri empat buku yang popular Author 101 dan baru-baru ini mereka berdua berganding bahu menulis buku yang menerima sanjungan tinggi, iaitu Where’s Your Wow? 16 Ways To Make Your Competitors Wish They Were You!

Beliau adalah pengacara bersama (dengan peguam Richard Solomon) rancangan radio Taking Care of Business, yang ke udara setiap Khamis dari jam 2.00 hingga 3.00 petang waktu timur oleh WCWP-Radio di Long Island, New York (tcbradio.com). Rick mempunyai kelulusan B.F.A dalam lakonan dan B.S. dari Kolej Ithaca Sekolah Komunikasi dan beliau juga pensyarah dalam bidang penerbitan dan perhubungan awam serta ahli PRSA dan Persatuan Pemidato Nasional.Rick dan isterinya yang bernama Robbi tinggal di Long Island. Mereka memiliki tiga orang anak, iaitu Adam, Rachel, dan Stephanie, serta bersama dua anak anjing Havanese bernama Cody dan Cooper. Rick boleh dihubungi di:

Morgan James Publishing,

1225 Franklin Avenue, Suite 325,

Garden City, NY 11530

E-mel: [email protected]

Laman web : RickFrishman.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024