Rudy

Bagi peminat kartun dan komik tanah air, kartunis Rudy pasti bukan satu nama yang asing. Beliau mula berkartun secara serius dalam bidang ini pada tahun 1999 sebagai kartunis tetap di MOY Publication menerusi majalah APO?. Sebelum itu, beliau pernah menjadi kartunis bebas di majalah Buletin Lubuk terbitan Multi Triple Vision untuk beberapa tahun.

Kemudian, beliau meneruskan kerjaya sebagai kartunis bebas di majalah G3 terbitan Karangkraf. Pada masa yang sama beliau bertugas sebagai storyboard artist di Animatrix, sebuah syarikat animasi yang menerbitkan siri animasi seperti Danial dan Jungle Fever.

Kini Rudy menjadi artis bebas sepenuh masa dan masih aktif berkarya. Beliau masih menyumbangkan kartun di majalah APO? secara sambilan. Di samping itu, beliau turut menghasilkan banyak rekaan watak dan papan cerita untuk syarikat animasi tempatan dan luar negara.