Penulis

Saringat Baie et al.

Prof. Saringat Baie dilahirkan pada 28 Januari 1952 di Kampong Bukit Kuching, Jeram Selangor. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Cerakah, Jeram pada 1959-1963, dan sekolah menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah Kelang, dan seterusnya di Sekolah Alam Shah Cheras, 1967-1970. Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Bandung dalam bidang Farmasi. Beliau mula menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Farmasi Universiti Sains Malaysia pada tahun 1975. Beliau menyambung pengajiannya dan mendapat ijazah Ph.D. daripada Chelsea College University of London pada tahun 1982. Beliau bersara daripada USM pada tahun 2008. Prof Saringat banyak menjalankan penyelidikan dan menulis tentang bidang farmasi, adalah orang yang aktif dalam bidang konsultasi, dalam bidang pembuatan ubat dalam kalangan pengusaha farmaseutik tempatan dan antarabangsa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020