Penulis

covey2

Stephen R. Covey

Stephen R. Covey adalah seorang pakar kepimpinan, keluarga, guru, perunding organisasi dansyarikat, serta penulis yang dikenali seluruh dunia. Beliau sudah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada pengajaran cara hidup dan kepimpinan yang berteraskan prinsip institusi keluarga dan organisasi.

Beliau memegang kelulusan MBA dari Universiti Harvard dan memiliki ijazah kedoktoran dari Universiti Brigham Young, iaitu beliau bertugas sebagai profesor pengajian pengurusan perniagaan dan organisasi.

Dr. Covey pernah menulis beberapa buah buku, termasuk buku terlaris antarabangsa, iaitu 7 Habits of Highly Effective People, yang dicatatkan sebagai buku bisnes paling berpengaruh dalam abad ke-20. Ia diakui antara 10 buku pengurusan yang berpengaruh pernah ditulis dalam sejarah. Buku tersebut sudah diterjemah ke dalam 38 bahasa dan terjual lebih 18 juta naskhah di seluruh dunia. Buku hasil tulisan beliau termasuk The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness, First Things First, Principle-Centered Leadership, 7 habits of Highly Effective Families, Living 7 Habits, dan Everyday Greatness, dengan lebih 20 juta naskhah terjual di seluruh dunia.

Dr. Covey kini bertugas sebagai penolong pengerusi dan pengasas syarikat Franklin Covey, sebuah syarikat latihan dan perunding antarabangsa yang memberi fokus dalam bidang pelaksanaan strategi, kesetiaan pelanggan, kepimpinan, dan keberkesanan individu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024