Farrah Hani binti Mohd Zulkiflie dilahirkan pada 28 Januari 2002. Penulis cilik ini dilahirkan di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia dan juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak. Hobi beliau pada masa lapang ialah membaca novel dan juga bersilat. Farrah Hani menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai idola dan sumber inspirasinya.