Penulis

Ummu Anas

Noraini binti Eslah atau lebih dikenali sebagai Ummu Anas, merupakan penulis bebas dan juga kolumnis tetap sebuah majalah ilmiah tempatan – Majalah Haluan.(1995- sekarang) Sekali-sekala juga muncul dalam ruangan cerpen Majalah Mingguan Wanita.

Anak kelahiran Kuala Selangor pada 1.8.1960 ini telah mendapat pendidikan awal dan rendah di Petaling, Selangor. (1967 – 1972)

Kemudian mendapat pendidikan menengah dan tinggi di BBGS , Bukit Bintang, Kuala Lumpur. (1973-1978)

Setelah berumah tangga dengan seorang pensyarah UTM , beliau berhijrah pula ke Skudai, Johor Bahru pada tahun 1985 sehingga sekarang.

Perkembangan dunia siber hari ini turut mendapat tempat di hati Noraini Eslah. Beliau tidak mahu ketinggalan untuk mengembangkan lagi hasil penulisannya di alam siber pula.

Lantaran itu Noraini Eslah memulakan usahanya memaparkan hasil coretan dan artikel-artikel motivasinya dalam halaman blog pribadi; http://ummu-anas.blogspot.com - UMMU ANAS –Jalan-jalan yang Kulalui.

Kemudiannya Noraini Eslah telah diminta pula menulis di laman web Haluan Malaysia, http://www. haluan.org.my/haluanita, juga masih bertemakan sudut motivasi kerohanian dan menumpukan kepada khalayak remaja.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024