Penulis

gambar_Ustaz_Hamid_Addin

Ustaz Hamid Addin

Muhd Hamiduddin bin Ahmad berkelulusan dari Mu’tah University, Jordan dalam Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul. Dilahirkan di Sabah namun dibesarkan di Ipoh, Perak. Lebih dikenali dengan nama Hamid Addin di dunia Facebook, beliau sering berkongsi ilmu penulisan ayat jualan (copywriting dan storytelling) di media sosial. Beliau juga menerima tempahan servis penulisan ayat jualan dan artikel.

Bertugas sebagai guru agama di Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah (SRATI), Ipoh, bapa kepada seorang puteri ini meminati bidang penulisan sejak dari sekolah rendah lagi. Berbekalkan hadis riwayat Al-Bukhari, “Sampaikanlah dariku walau satu ayat,”membuatkan beliau lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu melalui cabang penulisan. Beliau boleh dihubungi melalui medium Facebook (Hamid Addin) atau melalui email, [email protected].

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024