Penulis

Wardah Mokhtar

Wardah binti Mokhtar lahir pada 10 Ogos 1974 di Pekan, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad Pekan, Pahang. Manakala pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama al-Attas, Pekan dan Sekolah Menengah Agama al-Khairiyah, Temerloh. Setelah berjaya dengan cemerlang dalam SPM, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 1993. Berbekalkan semangat yang kental, beliau telah berjaya mendapatkan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam daripada Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 1998.

Beliau adalah seorang pelajar yang aktif semenjak di bangku sekolah. Pelbagai aktiviti kokurikulum dan kurikulum diceburi seperti sukan bola jaring, badminton, wakil bahas, syarahan dan kuiz sama ada di peringkat sekolah dan daerah. Beliau juga aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan di sekolah. Semasa berada di universiti beliau terus aktif dengan menyertai persatuan pelajar. Beliau pernah menyandang Setiausaha Badan Kebajikan Pelajar Pahang di Jordan dan Naib Presiden penaja Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Mu’tah, Jordan. Anugerah yang pernah beliau terima ialah pelajar cemerlang Sijil Rendah Agama dari Kerajaan Negeri Pahang..

Beliau pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Nangka, Sibu, Sarawak. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah dan Rendah Tahfiz, Pasir Gudang, Johor. Sekarang ini beliau menumpukan sepenuh masa dalam bidang penulisan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan masyarakat dengan cara yang tersendiri. Karya beliau yang ditulis bersama suaminya yang tersayang bertajuk Membentuk Jati Diri Remaja dan Remaja Sukses yang diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024