Zetty Zahureen Mohd Yusoff adalah pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu. Anak kelahiran Kota Bharu Kelantan ini adalah pemegang diploma dalam bidang Perbankan (Diploma in Banking) di Institut Teknologi MARA (ITM). Beliau juga turut menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan memperoleh Ijazah Kewangan (BBA (H) Finance) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Selepas itu beliau menyambung lagi pembelajarannya ke peringkat master di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Perdagangan Antarabangsa (International Trade).
Beliau aktif menyertai seminar, ceramah, kursus dan bengkel-bengkel motivasi sepanjang tahun 2003 sehingga 2005. Antara bengkel yang pernah disertainya adalah seperti Bengkel Approaches to research Design and Writing, Seminar Etika Pensyarah pada peringkat kampus dan Bengkel Motivasi Memperkasa Diri peringkat KUSZA sekitar tahun 2004. Terbaru beliau menyertai seminar Pendidikan Pencegahan Dadah PIBG Terengganu di peringkat negeri pada tahun 2005.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024