Penulis

Gambar_u._zulramli_2_

Zul Ramli M. Razali

Ustaz Zul Ramli M. Razali adalah seorang penceramah dan pendakwah yang berasal dari Pahang Darul Makmur.

Beliau mendapat pendidikan di University of Islamic Studies Karachi, Pakistan dalam bidang Aqidah dan Dakwah. Beliau juga merupakan seorang Master Coach dalam bidang NLP (Neuro Linguistic Programming). Memegang amanah sebagai Penasihat Usrah Fitrah (usrah artis dan penggiat seni yang sudah berhijrah).

Merupakan President Pertubuhan Ilmuwan Sunni Malaysia (ISM) sejak tahun 2016. Dan Timbalan Pengerusi 1 Majlis Dakwah Negara. Berpengalaman luas dalam program dakwah dan ceramah agama di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Suaranya sering berkumandang di corong radio terutama IKIM.fm.

Kini, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara. Beliau masih aktif berceramah dan memberi kuliah di masjid dan platform media sosial. Karya Jangan Buat Baik, Buatlah yang Terbaik adalah karya pertama beliau bersama PTS Media Group.

Mesej mengajak orang membuat kebaikan bagaikan buah bibir bagi Ustaz Zul Ramli. Kalau boleh, setiap masa mahu mengajak semua orang untuk ke arah kebaikan, menjadi baik, dan mengerjakan kebaikan.

‘Jangan berbuat baik, buatlah yang terbaik’ adalah slogan yang membawa makna yang mendalam dalam diri setiap individu. Buat yang terbaik pasti bermula dengan yang baik dahulu. Tetapi bagi menghasilkan yang terbaik, ia memerlukan perancangan yang kemas untuk dilaksanakan. Merancanglah yang terbaik, kelak hasilnya peroleh manfaat dan keberkatan yang bermakna.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024