Penulis

Zulkifli Zainal Abidin Ph.D

Dr. Zulkifli Zainal Abidin menerima ijazah pertama B. Eng. (Hons) dalam bidang Kejuruteraan Komputer dan Informasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2007 dan Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengajian Robotik pada tahun 2013.

Kerjaya akademil Dr. Zulkifli bermula sebagai pembantu pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, UIAM, Gombak, Selangor. Beliau kini berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Mekatronik, UIAM, Gombak. Beliau sudah menghasilkan beberapa modul pengajaran, jurnal, di samping melibatkan diri dalam beberapa persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau berminat kepada penyelidikan dan aplikasi berkaitan teknologi Biomimicry dan Swarm Robotics khusunya untuk kegunaan pemantauan kualiti air di tasik, empangan hidro, dan sungai-sungai di Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020