Kali ini Komik-M mempersembahkan #tributepoyo menerusi Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah #5 - Majlis Perpisahan yang dihasilkan khas oleh rakan-rakan Poyo. Untuk pengetahuan pembaca, Jefferi Abdul Rahman atau lebih popular dengan nama kartunis Poyo telah kembali ke rahmatullah pada 20 Januari 2017. Bak kata pepatah, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bagitulah terkesannya dunia komik dengan pemergian abadi kartunis Poyo.
Selepas kejayaan buku-buku bersiri I’m A Backpacker, penerbit Puteh Press kembali menyerikan dunia backpacker dengan buku terbaru I’m A Backpacker: Turkey. Mendengarkan negara Turki, pasti ramai yang membayangkan keindahan kotanya, keunggulan sejarah, peradaban tamadun, dan sebagainya.
Apa yang menarik mengenai buku ini, penulis tidak menceritakan kehidupan peribadi beliau di sana. Ia juga bukan seperti kebanyakan buku travelog yang ada di pasaran. Bahkan buku ini lebih kepada panduan sebelum backpack ke negara tersebut dan bagaimana survival di sana.
PTS Publishing House kembali menampilkan karya terbaru daripada Dato' Dr. Danial Zainal Abidin, iaitu Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran Edisi 2017. Buku ini mempunyai 36 tip. Kesemua tip penting untuk difahami. Tip-tip ini dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu tip-tip asas (asas serta pokok kepada kecemerlangan), tip sokongan (mengukuhkan tip-tip asas), dan tip penyempurnaan (mengelokkan dan melengkapkan tip-tip sebelumnya).
PTS Publishing House tampil dengan komik grafik terbaru yang bertajuk Salahuddin Al-Ayyubi: Wira Pembebasan Baitul Maqdis. Novel grafik ini mengisahkan tentang Salahuddin Al-Ayyubi, iaitu satu watak besar dalam lembaran sejarah Islam. Legenda yang mengukir pelbagai pencapaian hebat semasa hayatnya. Panglima perang yang mendedikasikan hidupnya untuk dua tujuan, iaitu menyatukan umat Islam di bawah kekuasaannya demi memimpin jihad menentang Tentera Salib dan mengusir mereka dari jajahan takluk mereka di Syria-Palestin.
Selepas novel grafik Salahuddin Al-Ayyubi: Wira Pembebasan Baitul Maqdis, PTS Publishing House tampil dengan komik terbaru yang bertajuk Napoleon Bonaparte: Sang Penakluk Eropah. Novel grafik ini mengisahkan tentang kebangkitan jeneral muda Bonaparte dan siri kempen awal ketenteraannya, daripada penaklukan Toulon hingga ke kempen ketenteraannya di Itali serta kepulangannya dari Mesir.
Meneruskan tradisi buku bestseller I'm a Backpacker: Korea dan I'm a Backpacker: Europe, kini Puteh Press datang lagi dengan buku terbaru, iaitu I'm a Backpacker: Germany. Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi, ia adalah buku yang menunjukkan cara how-to, bagaimana untuk mengembara di Jerman. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel ke sebuah negara yang terkenal dengan keindahan seni bina, pemandangan ala poskad, teknologi hebat, festival yang meriah, dan banyak kepelbagaian lain yang boleh diterokai.
Komik Adiwira kembali menemui peminat setia karya pekomik Ash Kun. Pasti ramai yang menanti sambungan kisah Adiwira ini. Ini terbukti apabila Adiwira diiktiraf sebagai salah satu siri bestseller Komik - M sepanjang tahun 2016 selepas tiga siri yang diterbitkan.
Tafsir Al-Azhar Juzuk 5 mengandungi surah An-Nisaa` daripada ayat 24 hingga ayat 147. Antara kupasan isu yang diketengahkan adalah menjelaskan krisis pergaulan suami isteri seperti perihal nusyuz dan syiqaq. Malah, dalam surah dan juzuk ini juga diterangkan mengenai tayamum sebagai ganti kepada wudhuk. Sesuai dijadikan panduan kehidupan seharian supaya segala persoalan memperoleh jawapan yang sahih dan jelas.
Tafsir Al-Azhar Juzuk 4 adalah lanjutan surah Ali-Imran daripada ayat 92 hingga ayat 200 dan surah An-Nisaa` daripada ayat 1 hingga ayat 23. Mesej utama daripada surah Ali-Imran dan juzuk ke-4 adalah memberi peringatan kepada kaum Muslimin tentang kegagahan dalam Perang Uhud, iaitu perang yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. mendapat luka dan berpuluh mujahid mati syahid. Dan lanjutan surah ini mengingatkan para Muslimin supaya memperteguhkan hati, menyiapkan harta dan tenaga bagi memperjuangkan agama Allah. Manakala, surah An-Nisaa` yang bermaksud perempuan-perempuan yang banyak membicarakan mengenai kaum perempuan.
Novel kedua ini memfokuskan misi Sarjan Awai Anak Gamung bagi menyelamatkan nyawa anaknya, sekali gus berjuang demi membersihkan kembali maruahnya yang tercemar kerana dituduh membunuh peguamnya. Namun, dengan hanya satu kelaran di leher Datuk Salleh, segala luka dan dendam Sarjan Awai berakhir.
Walau bagaimanapun, seperti novel yang pertama, jejak Awai tidak dapat dikenalpasti. Yang pasti, seorang anarkis ini sudah menamatkan apa yang patut ditamatkan dahulu. Siri kedua Anarkis Bangkit ini pasti tidak akan menghampakan peminat bacaan novel thriller.
Marco Polo seorang pengembara terhebat dunia menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1324 ketika berusia 70 tahun.
Beliau dikebumikan di Gereja San Lorenzo di Venice. Beliau bukan hanya meninggalkan dunia, tetapi turut membawa masuk rahsia-rahsia yang tidak diceritakan dalam catatan kembaranya ke timur sehingga ke dalam lubang kubur.
Buku He’s Just Not That Into You (Edisi Bahasa Melayu) ini adalah buku yang diterjemahkan secara sah daripada buku asal berjudul He’s Just Not That Into You oleh Greg Behrandt dan Liz Tuccillo. Buku ini terbitan Gallery Books, A Division of Simon & Schuster, Inc.
Buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk (Edisi Bahasa Melayu) ini adalah buku yang diterjemahkan secara sah daripada buku asal yang ditulis oleh Adele Faber dan Elaine Mazlish terbitan Scribner. Mereka adalah pakar antarabangsa terkemuka dalam bidang komunikasi antara orang dewasa dan kanak-kanak. Buku terbitan PTS Publishing House Sdn. Bhd. ini ditebitkan dengan kerjasama Markel Enterprise, Inc.
Buku #Cantik: Wanita Seindah Mutiara menampilkan kemunculan sulung karya Ustazah Norhafizah Musa dibawah terbitan PTS Publishing House Sdn. Bhd. Beliau yang sering muncul sebagai panel program Tanyalah Ustazah TV9 dan program penerbitan bersifat keagamaan ini hadir dengan satu naskhah indah bagi mengupas penilaian terhadap makna sebenar kecantikan.
PTS Publishing House menerbitkan sebuah karya agung Nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, atau lebih dikenali sebagai HAMKA. Penyusunan tafsir ini, menggunakan metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran dan tafsir Al-Quran dengan hadith. Turut mengandungi tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Secara ringkasnya, tafsir ini menjelaskan ayat-ayat Al-Quran beserta maknanya. Ia merangkumi sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.
Khas bagi peminat pekomik Pac, Komik-M menampilkan komik Gila Robot. Popular dengan siri komik Twinx di Komik-M, Pac adalah artis komik tempatan yang unik kerana menjadikan sains sebagai teras dalam karya. Dengan keunikan itu, siri komik Twinx dinobatkan sebagai komik Terbaik dalam Anugerah Pekomik pada tahun 2010.
PTS Publishing House menerbitkan sebuah buku genre agama yang berjudul 40 Kisah Yang Membuat Nabi Ketawa Berdasarkan Hadith Sahih.
Kelainan buku ini adalah di bahagian pengenalan, pembaca didedahkan dengan makna-makna bagi beberapa istilah Bahasa Arab seperti istilah al-khabar yang bermaksud berita.
Tambahan pula, turut diselitkan topik sunnah dari sudut pandang ahli hadith.
Shelock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan sudah diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan medium. Kisah dunia penyiasatan di Eropah tidak akan lengkap tanpa kehadiran beliau.
Penyiasat genius ini dan sahabatnya, Dr. John H. Watson berjaya menyelesaikan pelbagai kes misteri dan jenayah dengan kemampuan menganalisis yang luar biasa.
Dengan ini, Penerbit X tidak melepaskan peluang bagi menerbitkan semula karya Sir Arthur Conan Doyle dalam edisi Bahasa Melayu.
Komik-M mempersembahkan komik terbaru karya Pemenang Anugerah Manga Antarabangsa, Ben Wong iaitu Cinta K-POP. Komik ini ialah himpunan komik menarik dan terbaik karya beliau di Komik-M dalam versi 100 peratus berwarna.
Terdapat 6 komik termasuk komik bonus dan eksklusif bertemakan cinta dan kasih sayang. Antaranya, Hati Ibu, K-Pow Girl, Antara Impian dan Harapan, Diari Cinta, dan Bonus Diari Cinta: Saranghaeyo. Paling menarik, turut dimuatkan bonus 10 tip berkomik untuk bakat baru daripada Ben Wong.
Penulis Tunas Super adalah satu program penulisan yang mengetengahkan bakat menulis dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Program ini sebagai satu dorongan dan platform untuk pelajar menjadi penulis muda. Seperti penulis muda ini, Ahmad Nabil Musyiri, 13 tahun, adalah Alumni Penulis Tunas Super. Karya pertama beliau ialah BOT: Robot Dalam Poket. Walaupun beliau aktif dalam bidang kokurikulum, ini tidak menghalang minat beliau dalam bidang penulisan bagi menghasilkan karya kedua berjudul Tunas Super: Super Robotik.
Buku Pena dan Picagari ditulis oleh seorang pegawai perubatan yang kini berkhidmat di Hospital Jengka, Dr. Khairul Hafidz. Selain sibuk dengan tugasan merawat pesakit, beliau juga begitu semangat menjalankan misi perang melawan mitos. Melalui akaun Twitter, beliau mengasaskan Medtweet.My yang menjadi platform dalam mendidik masyarakat tentang fakta perubatan dan hingga kini mempunyai pengikut sebanyak 94.5K.
Penerbit X menerbitkan sebuah lagi karya terbaru Ahmad Patria Abdullah berjudul Wizra: Kronika Nashan. Beliau seorang penulis fantasi dan sains fiksyen yang tersohor. Sebelum ini beliau lebih dikenali menerusi buku-buku dalam siri fantasi Saga Artakusiad dan Aristokra.
Secara umumnya, Wizra menyambung naratif dalam Aristokra, iaitu buku pertama Kronika Nashan. Ia mengisahkan mengenai Melyn sebagai Aristokra Nashan, dan juga menyambung sorotan Perang Nashan yang sedang berlangsung.
PTS Publishing House Sdn. Bhd. sekali lagi menerbitkan buku genre motivasi dan inspirasi daripada seorang doktor yang begitu sinonim dengan pembedahan lasik, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad.
Dalam kesibukan beliau sebagai seorang doktor, juga ikon inspirasi yang aktif di radio dan televisyen, buku ini dapat diterbitkan hasil kerjasama dengan Tuan Bahruddin Bekri.
Buku ini adalah pesanan-pesanan positif daripada Live video FB Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang menjentik jiwa-jiwa kita menjadi insan yang lebih positif dan sentiasa kembali kepada Allah dalam apa jua aktiviti seharian kita.
Kandungan buku ini mengajak kita melihat kembali kebiasaan yang kerap kita lakukan tanpa sedar.
Komik M mempersembahkan karya terbaru pekomik Froggypapa, Babap Boi #1: Kuasa Di Luar Dugaan! Froggypapa adalah antara pelukis komik yang aktif. Beliau pernah terlibat dengan pembikinan komik Anak-anak Sidek dan bekerja sebagai animator di beberapa buah syarikat animasi.
Kini bertugas sebagai pelukis komik sepenuh masa. Antara karya-karya popular yang beliau hasilkan bersama Komik M adalah seperti siri komik ikon bola sepak, Super Safee, Dunia Kartun : Lawak Orang Bujang, Budak Kombo, dan Budak Komik.
"You are fired!" adalah ayat yang begitu sinonim dengan Presiden Trump yang pernah popular melalui rancangan realiti televisyen The Apprentice. Bukan sahaja ahli perniagaan berjaya, beliau juga menggemparkan dunia dengan kemenangan beliau apabila memenangi pilihan raya Amerika Syarikat 2016.
Namun ternyata kemenangan beliau mencetuskan kebimbangan lebih daripada kegembiraan. Pelbagai spekulasi dan isu mula timbul berikutan kesan kemenangan beliau terutamanya terhadap ekonomi dunia.
Selepas Simulasi, Lokman Hakim kembali dengan buku genre sains fiksyen terbaru, Eksistensi. Karya terbitan Penerbit X ini mengisahkan pertembungan dunia manusia dan robot ataupun cyborg.
Eksistensi yang membawa maksud kewujudan, menampilkan dua kisah dalam satu naskhah. Kisah kewujudan misi memanusiakan robot dan merobotkan manusia yang akhirnya mengakibatkan krisis identiti.
Blink Book Sdn. Bhd. menampilkan sebuah buku terbaru yang pasti mengimbau kembali memori zaman persekolahan pembaca. Naskhah terbaru ini berjudul Cik Akademik Lawan Samseng Insaf. Sebuah kisah yang merangkumi babak saspens, humor, akademik, manis, dan cemas.
Sememangnya gandingan dua penulis hebat, Ain Maisarah dan Rashiela Nurain berjaya menulis sebuah kisah yang boleh dijadikan inspirasi dan motivasi kepada pembaca.
Sebut sahaja mengenai Taj Mahal, pasti ramai yang dapat membayangkan keindahan seni binanya yang terletak di Agra, India. Ia adalah satu daripada 7 keajaiban dunia yang mempunyai sejarah pembinaan yang epik. Ia juga terkenal sebagai bukti keagungan cinta Shah Jahan kepada isteri ketiga yang dicintainya, Mumtaz.
Kematian Mumtaz semasa melahirkan anak mereka yang keempat belas menjadi sebab terbinanya monumen agung ini.
Nama Aman Wan tidak asing lagi sebagai penulis bersama Ain Maisarah di bawah terbitan BLINK BOOK. Pelbagai buku dihasilkan antaranya, Aku Mahu Super Bodyguard, Lembaga Kerusi Belakang, Siri Lawak Sekolah, dan Korban Kerusi Biru.
Kini, beliau diberi kepercayaan menerbitkan novel solo bersama BLANK BOOK pula. Jikalau sebelum ini beliau sudah menghasilkan novel berkaitan kerusi, novel solo ini juga ada kaitan dengan kerusi, iaitu Cinta Kerusi Depan.
Bagi peminat Aman Wan yang mengikuti karya-karya beliau sebelum ini, novel ini sebenarnya adalah spin-off kepada novel sulung beliau bersama BLINK BOOK, iaitu Lembaga Kerusi Belakang.
Genre seram kini menjadi pilihan para kanak-kanak. Namun, ibu bapa sering kali melarang anak-anak mereka membaca buku sebegini kerana dikhuatiri akan memburukkan daya imaginasi kanak-kanak. Di atas permintaan ini, Blink Book Sdn. Bhd. mengambil prihatin mengenai isu tersebut.
Jadi, bagi menyelesaikan permasalahan itu, Blink Book Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku-buku genre seram. Namun, turut diselitkan pengajaran. Ini adalah satu langkah yang baik kerana minat tidak boleh dihalang, tetapi perlu dikawal supaya tidak mendatangkan keburukan.
Oleh itu, kini, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan adanya buku genre seram yang diselitkan pengajaran.
Gabungan duo pekomik hebat, Afiq Salam dan Nazry Salam, dua nama yang hangat diperkatakan dalam kalangan penggemar komik tempatan. Tambahan pula, kelainan komik yang mereka tampilkan adalah dengan mengetengahkan konsep komik berunsurkan pendidikan. Bukan sekadar komik humor semata, tetapi, turut memberikan mesej dan ilmu kepada pembaca.
Buku dengan 509 halaman ini menterjemahkan mesej-mesej penulis asal tentang pengurusan masa. Menerusi buku ini, pembaca akan memperoleh cara yang tepat untuk menjalani 24 jam sehari dengan penuh produktif. Menarik tentang buku ini, walaupun berbicara soal masa, pembaca tidak akan dibekalkan dengan jam, tetapi dengan kompas. Ini kerana dalam menguruskan kehidupan, hala tuju adalah jauh lebih penting daripada berapa laju perjalanan kehidupan itu.
Matlutfi kembali dengan karya terbaru yang berbentuk pseudo-akademik mengenai falsafah, iaitu Kisah 25 Filsuf Barat. Buku terbitan Puteh Press ini memuatkan kisah 25 orang filsuf Barat berserta idea-idea utama mereka yang diolah secara santai dan ringkas. Jikalau sebelum ini Matlutfi tampil dengan tulisan yang berkonsep santai seperti Catatan Matlufi dan Momen2 Matlutfi, buku ini pula memaparkan sisi lain beliau. Meminati perbahasan falsafah telah membawa beliau menulis sebanyak 240 halaman tentang falsafah Barat.
Gelaran wanita bekerjaya tidak asing lagi pada zaman ini. Namun, gelaran PHD Mama dilihat masih kurang menempa nama. Bukan sahaja bergelar sebagai seorang ibu, bekerjaya, malah, tidak ketinggalan untuk melanjutkan pelajaran. Sesuatu yang dilihat agak sukar untuk dilakukan, namun, ia tidak mustahil dengan sokongan ahli keluarga.
Umum mengetahui, umat Islam diharamkan menyentuh babi apatah lagi memakan dagingnya. Namun, masih ramai yang tidak jelas hikmah di sebalik pengharaman babi. Bagi memberi penjelasan yang sahih, PTS Publishimg House Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah buku lengkap mengenai hikmah pengharaman babi, iaitu berjudul Kenapa Babi Tidak Halal? Buku ini menjelaskan segala hujah dan persoalan mengenai pengharaman babi. Hujah itu bukan sahaja disokong oleh dalil dan hadith Al-Quran, malah, melalui hasil kajian saintifik.
Komik-M mempersembahkan komik Aku, Kau & Malaysia: Negaraku karya pekomik terbaik PTS Publishing House Sdn. Bhd. Komik bertemakan kenegaraan ini adalah gabungan pekomik Bophairy, Froggypapa, Tan Teck Hwa, Azhar Abdullah, Shahrul Akram, dan Pemenang Anugerah Manga Antarabangsa, Ben Wong. Komik dengan 128 halaman ini baik untuk semua golongan, terutamanya kanak-kanak. Ini kerana, melalui bacaan yang santai ini kita dapat mengetahui tentang sejarah Malaysia melalui slot Trivia Malaysia yang turut dimuatkan pada setiap bab.
Selepas tampil dengan komik Aku, Kau & Malaysia: Negaraku, artis-artis Komik-M kembali beraksi dengan karya terbaru, Komik Aku, Kau & Superhero. Antologi baru Komik-M ini menampilkan karya-karya daripada pekomik Bophairy, Froggypapa, Kaher, Timie Zafira, Reja, dan Ben Wong. Bukan itu sahaja, komik ini turut menampilkan debut komik Tuan Ahmad Ezaddin atau nama penanya, Hyrohiku.
Cinta Secret Admirer adalah buah tangan terbaru daripada penulis Haziq Ridzuan. Nama beliau tidak asing lagi kerana sering menulis bersama penulis terkenal, Ain Maisarah. Namun karya kali ini beliau tampil sendiri tanpa gandingan bersama. Cinta Secret Admirer adalah karya cinta yang mengisahkan kisah yang sering terjadi semasa alam persekolahan. Bukan mengisahkan cinta semata-mata, mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah pelajaran mesti menjadi keutamaan.
Program Pencarian Penulis Tunas Super sekali lagi berjaya merealisasikan impian Nur Alia Irdina yang ingin menjadi seorang penulis. Atas usaha dan bakat beliau selepas menyertai Program Penulis Tunas Super, PTS Publishing House Sdn. Bhd. menerbitkan novel pertamanya, iaitu berjudul Cik Diva Menari Di London. Walaupun baru berumur 12 tahun, beliau dapat menghasilkan sebuah novel yang merangkumi 160 muka surat.
Al-Ghazali, seorang penulis yang tidak asing lagi dengan menghasilkan karya-karya novel sejarah Islam. PTS Publishing House Sdn. Bhd. menerbitkan karya terbaru beliau berjudul Ibnu Battuta: Pengembara Ulung Islam. Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini. Bermula dari Afrika Utara, Afrika Barat, Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Tenggara (termasuk Melaka), dan juga China.
Siri Saya, Sherlock & Lupin diteruskan dengan kes kedua, iaitu Babak Terakhir Opera selepas menyelesaikan kes dalam siri pertama, Wanita Berkelubung Hitam. Bagi remaja yang menggemari buku bertemakan penyiasatan, buku ini pasti menarik kerana menampilkan kisah penyiasatan Irene Adler, Sherlock Holmes, dan Arsène Lupin pada zaman remaja mereka.
Lembaga Hikmat menghimpunkan pelbagai kisah dan pengalaman hidup orang-orang tertentu yang menempuhi pelbagai masalah. Buku ini sesuai dijadikan perbandingan dan panduan hidup untuk setiap manusia. Setiap kisah yang diceritakan adalah cerminan kehidupan manusia yang penuh suka dan duka, tangis dan tawa.
Buku Kenapa Babi Tidak Halal? terbitan PTS Publishing House menjawab secara saintifik hikmah pengharaman babi dalam Islam. Buku ini ditulis oleh calon Ph.D. Neurosains Kognitif dari Universiti Sains Malaysia, Samhani Ismail. Beliau menyatakan buku ini bukan bertujuan mencetuskan perbalahan dengan orang bukan Islam. Tetapi, ia adalah kajian dan pemerhatian beliau terhadap kasih sayang Allah kepada seluruh hamba-Nya.
Siri Nomik Detektif Yaya kini kembali lagi. PTS Publishing House Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah siri nomik Detektif Yaya yang terbaru berjudul Detektif Yaya dan Pengembaraan Ke El-Doremido. Siri penyisatan Yaya dan ahli Kelab Misteri kali ini membawa pembaca ke sebuah Bandar Purba El Doremido.
Dalam penyusunan tafsir ini, HAMKA menggunakan beberapa metode. Antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Selain itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
PTS Publishing House meneruskan usaha dengan menerbitkan semula karya buku agama hasil tulisan Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA iaitu Peribadi. Karya Buya HAMKA bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah sering menjadi rujukan, khususnya di Nusantara. Selain Peribadi, PTS Publishing House juga menerbitkan semula 15 buku hasil karya beliau.
Umum mengetahui Nelson Mandela seorang pejuang kesetaraan ras dan Presiden Afrika Selatan, kulit hitam pertama. Namun, sebenarnya wujud seorang lagi pejuang ras di Amerika, iaitu Malcolm X. Oleh itu, kali ini PTS Publishing House Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah lagi novel sejarah karya Al-Ghazali berjudul Malcolm X: Pembela Kulit Hitam Amerika.
Buku dengan 320 halaman ini menjawab persoalan harian yang sering berlaku dengan bahasa yang mudah. Mungkin ada dalam kalangan kita segan atau malu untuk bertanya soalan seperti, “Ustaz, bagaimana kita bezakan darah wanita?”, “Ustaz, boleh solat sunat kalau belum qadha solat fardu?” dan “Ustaz, bolehkan mangsa rogol pulihkan daranya?” maka, buku ini tampil memberi pencerahan.
Dalam buku ini dimuatkan sebanyak 30 resipi. Di antara 30 resipi ini, terdapat 6 resipi yang ditanda must try bermakna resipi ini antara menu yang sedap dan harus dicuba. Kelebihan buku ini terletak pada penerangan bahan masakan dan cara penyediaan yang ringkas. Ia bukan sahaja sesuai kepada pembaca yang sudah amatur dalam bidang memasak. Namun, juga sesuai kepada yang tidak mahir memasak.
PTS Publishing House menerbitkan sebuah buku panduan perkahwinan lengkap bersama tip-tip bagi mengatasi cabaran dalam mengharungi alam perkahwinan. Berkahwin itu mudah, namun, realiti selepas diijab kabulkan, itulah titik permulaan kehidupan rumahtangga. Oleh itu, dengan adanya buku ini, mampu memberi manfaat kepada pembaca. Ini juga salah satu cabang ilmu yang penting dalam kehidupan.
Pada 15 Julai 2016, Turki menjadi perhatian dunia apabila sebahagian tentera Republik Turki melancarkan percubaan Kudeta terhadap pemerintahnya, Presiden Recep Tayyip Erdoğan. Sejak itu, nama Erdoğan terus menjadi bualan dan mula menimbulkan pelbagai persoalan tentang apa sebenarnya yang berlaku di Turki. Slogan, Biz Bir Ümmetiz! Kita Satu Umat!, sinonim dengan Erdoğan yang menyeru supaya dunia Islam berfikir sebagai satu ummah. Dan itu menjadi kegerunan kepada Barat yang memperkenalkan idea negara bangsa.
Hari ini berita tentang ISIS, Islamic State of Iraq and Syria atau dalam bahasa Arabnya dipanggil Da'esh (Dawlah Islamiyah fi Al-Iraq wa Bilad As-Sham) memenuhi muka hadapan akhbar tempatan. Tidak ketinggalan juga spekulasi rawak tentang kumpulan ini. Masih menjadi tanda tanya umum akan kewujudan ISIS. Adakah ISIS atau Da'esh penyelamat bagi konflik keamanan Syria dan Islam?
Sepanjang 368 halaman buku ini, HAMKA membincangkan mengenai lembaga hidup. Lembaga hidup yang dimaksudkan adalah manusia sewaktu dalam kandungan (pre-natal). Fasa itu dilihat sebagai waktu yang menentukan nasib dan takdir yang akan dijalani oleh manusia dalam kehidupannya. Oleh kerana itu, usaha bagi membentuk ‘lembaga’ hidup mengikut ajaran Islam dibincangkan dalam buku ini.
Falsafah Hidup mengupas tentang falsafah permulaan kehidupan seseorang manusia itu sehingga pengakhiran hidupnya di dunia dan permulaan semula kehidupan yang lebih kekal di alam akhirat. Buku setebal 448 muka surat ini membawa pembaca memahami pelbagai topik kehidupan, antaranya Persahabatan dan Perempuan, Sederhana Mengeluarkan Perasaan, Di manakah Pemisahan Agama dengan Negara, dan Islam Membentuk Pandangan Hidup.
Komik M akan menerbitkan sebuah lagi karya dari pekomik Komik M, Ard One. Pelukis kelahiran Perak ini pernah berkarya dalam Majalah Gila-Gila, Umbra Comix, dan beberapa majalah tempatan lain. Sebelum ini, beliau muncul dengan The Best of Dear Yayah The Comics, Dear Yayah the Comics #4: Lompat Asrama, dan Dear Yayah dalam Dunia Didi kolaborasi bersama penulis, Farihah Iskandar. Di samping itu, beliau juga menghasilkan komik Dunia Didi- Edisi 3 dalam 1.
Keunikan yang ditampilkan kali ini adalah kaver hadapan komik SS10 #12. Ini adalah kaver gabungan dengan Komik SS10 #11. Sepertimana kesinambungan kisah dari SS10 #11 dan SS10 #12. Untuk pengetahuan, Komik SS10 yang diterbitkan oleh Komik-M bermula dari siri SS10 #1 sehinggalah SS10 #12. Dengan menampilkan ikon bola sepak tempatan yang berbakat menjadikan komik ini sering menjadi komik pilihan di kedai-kedai buku dan sekolah.
Kemunculan komik bola terhangat kini sudah ada di pasaran. Komik-M menerbitkan sebuah komik yang terbaru sambungan kepada komik Super Safee yang terdahulu, iaitu SS10 #11: Pasukan Belasahan. Perjalanan mengungguli arena bola sepak Safee dan rakan-rakannya semakin penuh onak duri. Satu pertandingan bola antara Safee dan rakan-rakan mewakili kelab bola sepak sekolah yang berlawan dengan pemain senior akan diadakan.
Buku yang baru diterbitkan berjudul Lembaga Budi ini mengupas topik mengenai sifat budi dari sisi pandangan Islam. Hujah yang dikemukakan dalam buku ini turut diperkuatkan dengan pandangan ulama Islam yang lain seperti ulama Imam Al-Ghazali.
Abdul Malik atau lebih dikenali dengan gelaran Buya Hamka adalah seorang sasterawan Indonesia. Bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di Malaysia, Singapura, Brunei, dan beberapa negara Arab. Nama HAMKA terkenal sebagai seorang sasterawan, pendakwah, ulama, dan aktivis politik. Beliau juga giat menulis novel dan buku-buku agama sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan. Sehubungan dengan itu, PTS Publishing House menerbitkan buku agama karya HAMKA.
PTS Junior menerbitkan sebuah lagi siri buku terbaru Detektif Yaya yang berjudul Detektif Yaya dan Misteri Kerongsang Kuasa. Siri penyiasatan kali ini lebih mendebarkan, lebih mencabar, dan lebih misteri. Siri Detektif Yaya dan Misteri Kerongsang Kuasa ini mengisahkan kerongsang berbentuk ikan, iaitu hadiah untuk Yaya sempena hari jadinya. Kerongsang ikan itu diberikan oleh Boboiboy yang dibeli dari sebuah kedai barangan terpakai.
Sebuah lagi karya fiksyen yang bergenre novel sejarah diterbitkan oleh PTS Media Group, iaitu buku Sultan Abdul Hamid II oleh Abdul Latip. Beliau adalah penulis Sejarah Islam paling popular di PTS. Penulis ini mencipta nama di persada sastera tanah air apabila menghasilkan novel sejarah pertama di Malaysia. Antara novel hasil tulisan beliau adalah Salahudin Al-Ayubi, Hulagu Khan, Tariq Bin Ziyad, dan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Buku masakan terbaru yang dikeluarkan oleh PTS Media Group adalah hasil buah tangan Chef Norzailina. Beliau seorang Chef terkenal yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Buku 100 Resipi Biskut, Kek, Manisan & Kudapan adalah karya ke 43 beliau sepanjang melibatkan diri dalam bidang masakan.
Sebuah lagi karya jenis fiksyen yang bergenre novel sejarah akan diterbitkan oleh PTS Media Group, iaitu Enrique Melaka: Melayu Pertama Mengelilingi Dunia oleh Abdul Latip. Beliau seorang penulis Sejarah Islam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Penulis kelahiran Negeri Sembilan ini mencipta nama di persada sastera tanah air apabila menghasilkan novel sejarah pertama di Malaysia. Antara novel hasil tulisan beliau adalah Salahudin Ayubi, Khalid Al-Walid, Ikramah, Abu Jahal, Tariq Ziyad, Hulagu Khan, Maharaja Napoleon, Ahmad Ammar, dan banyak lagi.
Selepas Siri Yaya: Detektif Yaya dan Penunggu Embun, kini PTS tampil dengan karya Siri Yaya yang terbaru iaitu Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum. Buku ini adalah hasil karya Fatimah Zafira. Buku ini adalah spinoff daripada animasi Boboiboy. Penulis buku ini mula menceburi bidang animasi sebagai penulis skrip untuk BoBoiBoy dan Apa Kata Yaya. Sejak menulis skrip untuk animasi BoBoiBoy, beliau selalu terbayang senario harian yang dilalui BoBoiBoy dan kawan-kawannya di sekolah. Dengan menggabungkan elemen misteri dan lawak, maka lahirlah Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum.
Selepas mengeluarkan dua siri Aku, Kau, & Cinta di bawah cetakan Komik-M, PTS Media sekali lagi menghasilkan siri seterusnya komik tersebut. Komik terbaru yang dikeluarkan adalah Aku, Kau, & Cinta (Tiga Dimensi). Ia adalah kesinambungan daripada komik Aku, Kau & Cinta: Cinta Pandang Pertama dan Aku, Kau & Cinta: Cinta K-Pop.
Pemergian seseorang ke tanah suci Makkah pasti merakam banyak cerita dan peristiwa yang menakjubkan. Jikalau ingin diceritakan semua perkara yang berlaku, pasti dapat ditulis dalam sebuah diari. Itu yang dilakukan oleh penulis terkenal PTS Media Group, Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim dan Dr. Abdul Basit Haji Abdul Rahman.
Para peminat filem dan novel siri Sherlock Holmes di Malaysia khususnya pasti teruja menantikan sebuah bahan bacaan terjemahannya diterbitkan. Sebagaimana yang diketahui, siri Sherlock Holmes ini mempunyai pembacanya yang ramai di seluruh dunia. Justeru itu, PTS Media Group mengambil satu inisiatif dengan menterjemahkan siri novel popular ini ke dalam Bahasa Melayu. Ini bagi mengubat kerinduan para peminatnya di Malaysia dan membolehkan mereka membacanya dalam Bahasa Melayu.
Buku terbaru ini mengisahkan tentang perkongsian koleksi kisah benar oleh Dr. Rozanizam Zakaria. Beliau seorang Pegawai Perubatan Sarjana Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia mengenai pesakit-pesakit beliau yang mengalami penyakit jiwa. Secara umumnya, masih ramai yang tidak mengetahui bidang Psikiatri serta jenis-jenis penyakit jiwa. Terbitan buku terbaru ini, beliau bukan sahaja menceritakan kisah yang dialami oleh pesakitnya, malah, turut menjelaskan lebih lanjut mengenai penyakit tersebut.
Kali ini, PTS Media Group mengeluarkan sebuah buku resipi yang berasaskan herba-herba yang ada di Malaysia. Buku dengan judul 111 Resipi Herba Aroma Istimewa adalah buah tangan daripada Chef Hanieliza. Kredibiliti Chef Hanilieza dalam mengolah menu-menu baru tidak perlu disangkal lagi. Beliau menghasilkan lebih daripada 50 buah buku resipi bersama PTS. Antaranya adalah siri Senangnya Memasak, 50 Resipi Biskut & Kek, Resipi Daun Limau Purut, 1 Hari 1 Resipi, Resipi Warisan, dan banyak lagi.
PTS Media Group menerbitkan satu lagi siri buat duit terbaru, iaitu siri Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram. Buku ini memberi panduan kepada pembaca untuk menjana pendapatan dengan Facebook dan Instagram. Antara siri buat duit yang sudah diterbitkan adalah Buat Duit Dengan Uber dan Buat Duit Dengan Dropship. Topik yang dibincangkan dalam buku ini adalah Asas Perniagaan Internet, Sasaran Pasaran, Modal, Pendaftaran Perniagaan, Strategi Meningkatkan Followers dan Likes Selepas Jualan.
PTS Media Group kini menampilkan sebuah lagi karya Tunas Super yang bertajuk Mr Gamer VS Miss H. Novel fiksyen ini dikarang oleh seorang penulis Tunas Super, iaitu Muhammad Azim Hakimi Mohd Mazdi.
Walaupun baru berumur 12 tahun, beliau sudah mampu menghasilkan karya yang menarik minat pembaca-pembaca cilik. Karya pertama beliau adalah Misi Magika.
Semua orang mempunyai kereta, namun tidak semua tahu cara membuat duit dengannya. Selama ini kita hanya menganggap kereta sebagai satu aset liabiliti yang tidak mampu memberi sebarang pulangan. Namun, pada hari ini kereta juga mampu menjana pendapatan. Tambahan lagi, lebih hebat kereta yang dimiliki, lebih tinggi pendapatan yang dapat dijana. Sehubungan itu, PTS Media Group kini tampil dengan sebuah siri buat duit, iaitu Buat Duit Dengan Uber untuk tatapan pembaca.
Dropship adalah perkara yang sudah sinonim dengan masyarakat masa kini. Masyarakat kini berlumba-lumba bagi menjalankan bisnes dropship ini. Namun begitu, tidak semua tahu cara yang betul bagi menjana duit dengan dropship. Oleh itu, pihak PTS Media Group kini menampilkan siri buat duit mengenai dropship, iaitu Buat Duit Dengan Dropship. Buku ini adalah hasil karya Nor Liza Abu Bakar.
Buku-buku yang bergenre masakan antara karya yang selalu diterbitkan oleh syarikat penerbitan buku. Buku-buku resipi masakan juga antara yang menjadi pilihan terutama daripada golongan suri rumah. Oleh itu, PTS Media Group akan mengeluarkan sebuah lagi buku masakan pada Mac 2016. Buku yang bertajuk Tolong! Saya Hanya Ada 60 Minit adalah hasil kerja Chef Azian Hasan. Chef Azian ialah seorang tukang masak yang terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburi bidang masakan semenjak umur sembilan tahun lagi.
PTS Media Group tampil menerbitkan sebuah lagi karya bersiri animasi Tunas Super yang bertajuk Bukan Puteri Sempurna. Buku fiksyen ini dikarang oleh seorang penulis Tunas Super, iaitu Khairul Nur Ayuni Rodzan Khairull. Beliau adalah peserta yang terpilih daripada program Penulis Tunas Super yang dianjurkan oleh PTS.
Program ini bermula pada tahun 2013 dan setakat ini melahirkan 27 orang penulis cilik dari pelbagai negeri. Penghasilan buku ini adalah karya kedua bagi penulis yang meminati bidang penulisan selepas novel pertamanya Arrogant Girl dihasilkan.
Sebuah lagi karya jenis fiksyen yang bergenre novel sejarah akan diterbitkan oleh PTS Media Group, iaitu Genghis Khan. Buku ini adalah hasil karya penulis PTS yang dikenali sebagai Al-Ghazali. Beliau sudah menghasilkan lebih 10 buah buku bersama PTS.
Penulis yang terkenal dengan penghasilan koleksi novel sejarah ini berani mempertaruhkan buku Genghis Khan sebagai karya terbaru.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah satu nama yang cukup dikenali rakyat Malaysia. Tempoh 22 tahun memimpin Malaysia dengan gelaran Perdana Menteri Malaysia sememangnya memberi impak besar kepada negara. Figura yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia itu adalah seorang pemimpin berpengaruh di dunia. Kejayaan membangunkan projek-projek mega seperti pembinaan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, dan pengenalan jenama kereta PROTON menjadikan Malaysia terkenal. Ternyata idea-idea bernas beliau membawa Malaysia ke satu tahap yang tinggi. Tempoh 22 tahun adalah satu tempoh yang gemilang buat beliau dengan kecemerlangan memacu negara. Sumbangan kepada negara membuatkan nama beliau disegani kawan dan lawan.
Pada bulan Februari 2016, PTS Media Group menerbitkan sebuah buku perbandingan agama yang ditulis oleh Tuan Ahmad Iqram Mohamad Noor atau nama penanya, Muhammad Takashi Maeno.
Penulis berpengalaman dalam kajian lapangan dan perpustakaan terutama dalam perbandingan agama dan ajaran sesat. Sekarang ini, beliau memilih bagi menguasai sebanyak mungkin bahasa terutama English, Arab, Tamil, Mandarin, Korea, dan Jepun.
Berbekalkan imaginasi yang tinggi, beliau menggarap novel itu dengan menggabungkan elemen moden dan Islamik. Menerusi karya ini, pembaca dapat belajar dan mengambil nilai positif yang diketengahkan penulis.
Isu keamanan dan nilai-nilai Islam sebenar yang berpaksikan ajaran Rasulullah s.a.w. adalah fokus utamanya. Dalam novel ini, Galaksi Muhsinin adalah satu umat yang berbilang bangsa, tetapi bersatu.
Mereka maju, tetapi mereka bertakwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu, iaitu menyebarkan rahmat ke serata alam.
Nama Khairul Nizam Khairani mungkin kedengaran agak janggal dalam kalangan pembaca novel-novel cinta. Namun, nama beliau tidak asing bagi penggemar-penggemar yang cenderung membaca novel bergenre seperti fiksyen sains dan thriller.
Beliau mula aktif dengan penulisan blog sejak tahun 2011. Penulis juga menghasilkan banyak karya dengan genre itu antaranya Lawan, Gergasi, Kudeta Intro, dan Kudeta Klimaks.
Secara keseluruhannya, penulis menggunakan gaya bahasa yang santai dan ringan dalam buku ini. Beliau tidak menggunakan bahasa yang berat ataupun menggunakan loghat orang Utara yang pekat supaya dapat menarik pembaca dengan kandungan yang santai.
Menariknya, cerita-cerita yang dimuatkan dalam buku ini berdasarkan cerita rekaan dan kisah benar penulis serta orang di sekelilingnya.
Karakter-karakter yang dicipta dalam buku ini juga bertepatan dengan kehidupan seharian kita seperti watak Mak Bedah, Abu, dan Markonah.
Perjalanan cerita buku ini banyak berkait rapat dengan masyarakat pada masa kini.
PTS Media Group tampil dengan menerbitkan sebuah lagi karya tokoh terkenal, Buya HAMKA, iaitu Sejarah Umat Islam. Nama ini bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di Malaysia, Singapura, Brunei, dan beberapa negara Arab.
Beliau diberi gelaran Buya, iaitu panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah ataupun seorang yang dihormati. Buya HAMKA terkenal sebagai seorang sasterawan, pendakwah, ulama, dan aktivis politik.
PTS Media Group akan menerbitkan sebuah lagi buku yang ditulis oleh Dr. Robiah binti Kulop Hamzah, iaitu Padanya Ada Kasih. Ini adalah lanjutan daripada Siri Inspirasi Wanita sebelum ini, Padanya Ada Bahagia dan Padanya Ada Rindu.
Menerusi buku yang berharga RM13.90 ini, ia menerangkan kepada kita yang kita tidak memiliki apa-apa di dunia ini secara hakiki, melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah untuk kita miliki buat sementara.
Menariknya tentang buku ini, pembaca dapat melihat satu demi satu cara membuat setiap resipi secara terperinci.
Ini memudahkan pembaca untuk mencuba setiap resipi dalam buku ini.
Alhamdulillah, buku ini berjaya disiapkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mula shooting.
Siri ini padat dengan nilai-nilai murni. Ia diceritakan dari pandangan Yaya yang penuh lawak dan misteri. Apa yang menariknya, karakter-karakter dalam buku baru ini semua berdasarkan watak-watak yang sudah sedia ada dalam siri animasi BoBoiBoy.
Misteri dalam siri Detektif Yaya ini membuatkan pembaca berusaha bagi mendapatkan jawapan.
Menerusi buku terbaru ini, pembaca awam akan mendapatkan maklumat yang bersifat ilmiah dan perbandingan mengenai pandangan dua golongan besar dalam Islam, iaitu Ahli Sunnah dan Syiah.
Terlebih lagi Imam Mahdi adalah satu polemik besar dijadikan sebagai pembahasan aktual.
Buku terbaru ini membahas tentang sikap, isi hati, dan fikiran wanita dan lelaki ketika mereka dihadapkan dengan sesuatu hal. Iaitu, wanita lebih banyak melibatkan perasaannya manakala lelaki lebih banyak melibatkan fikiran dan logik mereka.
Kedua-dua penulis mendedahkan penemuan baru pada otak manusia, demi mengajarkan kita tentang bagaimana menjalani hidup yang lebih gembira dan harmoni bersama pasangan.
Buku ini mengekalkan konsep soal jawab pelbagai isu berkaitan persoalan wanita dan kemasyarakatan seperti pendirian Islam sekitar perkahwinan Misyar, persoalan talak gantung, dan hubungan persaudaraan susuan daripada sudut pandang Islam.
Turut dibawakan perbincangan berkenaan pengaplikasian kartun untuk tujuan dakwah dan pendidikan serta isu penggunaan lambang salib dalam filem agama.
Juga disentuh perihal politik perintahan sekitar isu tempatan dan antarabangsa.
Siri komik kali ini berdasarkan kehidupan zaman muda Safee Sali. Ia berbentuk fiksyen yang ditambah untuk tujuan memberi kejutan kepada pembaca supaya lebih menarik dibaca terutama jalan ceritanya.
Konflik dalam SS10 ini masih berlarutan dan belum selesai. Banyak yang Safee dan rakan-rakannya perlu lalui. Semakin banyak juga perkara menarik yang dibongkarkan satu demi satu.
Buku Ultra Qalif ini adalah buku siri bestseller Komik-M. Buku ini mempunyai pengikut setianya dalam kalangan pelajar sekolah. Ini kerana, tema superheronya yang mengangkat seorang remaja sekolah yang lemah menjadi wira penegak keadilan.
Buku Halal dan Haram dalam Islam ini adalah edisi kemas kini dan terbaru. Terbitan pertama buku ini pada tahun 1960. Ia sudah diulang cetak sebanyak 70 kali dalam bahasa Arab, malah turut diterjemah ke dalam bahasa lain di seluruh negara di pelusok dunia.
Terbaru, buku ini turut dicetak menggunakan kaedah Braille bagi orang yang kurang upaya.
Buku ini mempersembahkan huraian sebuah kitab ringkas berkenaan dasar-dasar asas ilmu fiqh berdasarkan panduan Mazhab Syafi'i.
Seiring dengan kesedaran agama sosial semasa, buku ini begitu padat dan mudah.
Buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda, sebagaimana tajuknya, mengambil 25 ayat Al-Quran untuk dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani untuk masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling.
Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I'm a Backpacker: Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I'm a Backpacker: Europe.
Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi, buku ini adalah buku yang menunjukkan cara how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah.
Selepas buku pertama Tunas Super Storymorie Certot #1, PTS Media Group tampil dengan menerbitkan sebuah lagi buku antologi cerita pendek iaitu Tunas Super Storymorie Certot #2 Sukan.
Buku ini adalah edukomik yang membincangkan pelbagai konsep dan teori sains. Penyampaian buku ini dipersembahkan dalam bentuk komik berwarna yang membantu menarik minat para pembaca, khususnya murid-murid sekolah.
Ia sesuai untuk bacaan murid-murid sekolah di Malaysia kerana terdapat dalam silibus pelajaran.
Nama Hitler sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, semua orang sudah sedia mengetahui apa yang dilakukannya. Tetapi, berapa ramai yang mengetahui apakah latar belakang Hitler. Daripada keluarga bagaimana dia berasal. Apakah latar belakang pendidikannya. Siapakah Hitler sebelum dia memimpin Parti Nazi. Bagaimana Parti Nazi boleh diasaskan. Siapakah orang kuatnya dalam parti. Apakah pegangan politik Hitler. Agama apakah yang dianuti Hitler. Penulis mendedahkan banyak perkara menarik yang tidak diketahui umum.
Ia menceritakan amalan orang zaman dahulu yang memakai susuk untuk tujuan tertentu. Susuk adalah amalan kebiasaan orang kita semenjak dari dahulu lagi. Ia adalah ilmu yang diamalkan yang mempunyai unsur syirik dan mengandungi unsur makhluk halus.
Ia adalah himpunan status Facebook Prof. Dr. Muhaya yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada para pembaca.
Himpunan status ini merangkumi pelbagai aspek seperti keagamaan, kekeluargaan, perhubungan, dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kehidupan insan.
Robert mendedahkan rahsia bagaimana ilmu kewangan mampu membantu kita mencapai kebebasan kewangan tanpa perlu bekerja keras.
Malah, bagaimana membayar cukai yang sedikit berbanding mereka yang berhempas pulas bekerja siang dan malam.