
Young Aisyah: Hari Fesyen
Young Aisyah: Fashion’s Day
Tarikh Terbit: 27 Aug 2012
License available in all countries
Tarikh Terbit: 27 Aug 2012
License available in all countries
“Umi, Aisyah belum baligh lagi. Lainlah dengan Kak Azie yang sudah baligh. Jadi, Aisyah belum wajib menutup aurat lagi, bukan?” tanya Aisyah Sofia. Dia baru berusia 10 tahun. Oleh itu, dia tidak faham mengapa dia juga perlu menutup aurat.
Puan Aminah merenung anaknya itu. Aisyah semakin bijak berfikir. Dia bersyukur kerana anaknya suka bertanya apabila tidak memahami sesuatu perkara.
“Ya, betul. Kamu belum belum baligh lagi. Tetapi, apa salahnya kamu mengamalkan apa yang disukai oleh Allah sejak kecil. Bak kata pepatah orang tua, ‘alah bisa, tegal biasa’. Sekiranya kita sudah biasa menutup aurat, tidak susah untuk kita terus mengamalkannya sehingga tua. Kamu juga pasti tidak berasa kekok lagi menutup aurat. Sejak kecil lagi, kamu sudah mendapat pahala daripada Allah. Allah pasti suka, bukan?”
Aisyah Sofia mengangguk sambil tersenyum.
“Mom, I have not reach puberty yet. Unlike Kak Azie who had. So, it is not compulsory yet for me to cover my aurat, right?” asked Aisyah Sofia. She is only 10 years old.
Therefore, she does not yet understand why she too has to cover her aurat. Puan Aminah stared at her daughter. Aisyah is becoming more clever. She is grateful that her
daughter likes to ask when she does not understand something.
“Yes, right. You has not reach puberty yet. But, what’s wrong with practicing doing what Allah likes since you are small. If we are used to cover our aurat, it will not be hard for us to practice it until we became old. You will not feel awkward anymore in covering your aurat. Since you are small, you already got your rewards from Allah. Allah will
like it, right?”
Aisyah Sofia smile and nodded.
BAB 1 : Menutup Aurat
BAB 2 : Baju Kurung Warisan Budaya
BAB 3 : Baju Melayu Tampan Bergaya
BAB 4 : Gaun Labuh Menawan Hati
BAB 5 : Jubah pada Pagi Raya
BAB 6 : Pakaian Sukan Mengikut Syariat Islam
BAB 7 : Telekung Cantik Menghadap Allah
BAB 8 : Mari Buat Sendiri
BAB 9 : Surat Panjang Berkenaan Fesyen
BAB 10 : Blaus Labuh, Seluar Panjang