Untuk Kita Pendosa: 30 Hari Mencari Tuhan
oleh Hilal Asyraf


Versi Cetak

RM18.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"

ISBN-13: 978-967-411-307-0

Tarikh Terbit: 9 Oct 2014

Jumlah Muka Surat: 248


Versi eBook

Belum Terbit


"Kadangkala, petunjuk sudah ada. Dekat dan bukannya jauh dari kita. Tinggal tidak pernah kita bernafsu untuk menyelaknya. Lantas kita rugi setelah mempersiakannya."

Buku Untuk Kita Pendosa: 30 Hari Mencari Tuhan yang dikarang, bukanlah kerana kita hanya perlu mencari Tuhan dalam masa 30 hari. Bukanlah juga kita pasti akan bertemu Tuhan dalam masa 30 hari. Ia hanya tajuk yang dipilih, kerana dalam masa sebulan, kita mempunyai sekitar 29 hari hingga 30 hari (bulan Qamariah), dan mungkin dalam kesibukan kita mengharungi arus kehidupan, dapatlah kita luangkan sebulan untuk memulakan sebuah pencarian yang penting dalam kehidupan kita. Buku ini juga diletakkan sebagai buku kedua dalam siri Untuk Kita Pendosa, kerana ia adalah refleksi yang baik untuk kita semua, manusia yang berdosa. Kita berani melakukan dosa, mungkin kerana kita terlupa hakikat hidup kita ini ada Tuhan. Kita juga mungkin berani melakukan dosa, kerana kita tidak tahu yang kita punya Tuhan. Lantas buku ini kembali mengingatkan kita pada hakikat tersebut, di samping berusaha membawa kita untuk lebih kenal dengan Tuhan.

Buku ini masih dalam kategori santai. Tidak terlalu berat. Ia sekadar sebuah riadhah fikri, untuk kita melakukan lebih refleksi terhadap diri sendiri, serta mengajak para pembaca memulakan pencarian masing-masing terhadap kebenaran Tuhan yang mereka percayakan selama ini. Mungkin buku ini lebih berorientasikan Allah sebagai Tuhan, kerana ditulis oleh seorang Muslim. Namun kita perlu bertanya kepada diri masing-masing, “Sejauh manakah aku mengenal Allah s.w.t.?” Persoalan itu akan membuatkan kita memulakan sebuah kembara pencarian. Dan keyakinan itu adalah, orang yang mencari, dia akan dapat melakukan peningkatan pada kehidupannya.

Bab 1 Bacalah dengan Nama Tuhan Kamu yang Menciptakan

Bab 2 Menyedari Kewujudan Tuhan

Bab 3 Tuhan Pemilik Al-Quran, Tuhan Pemilik Alam Semesta

Bab 4 Allah Itu Esa

Bab 5 Kebesaran Allah s.w.t.

Bab 6 Allah Tidak Memerlukan Kita

Bab 7 Allah Tidak Perlu Dibela?

Bab 8 Allah s.w.t. yang Memberi Tawa

Bab 9 Allah yang Membuatkan Kita Menangis

Bab 10 Allah Itu Tidak Jauh

Bab 11 Allah s.w.t. Tidak Lalai dan Alpa

Bab 12 Mengapa Allah Menciptakan Kita untuk Ujian?

Bab 13 Allah s.w.t. Tidak Akan Sesekali Zalim dan Memungkiri Janji-Nya          

Bab 14 Kerana Allah yang Menghitung

Bab 15 Talian Hayat daripada Allah Sepanjang Kehidupan

Bab 16 Islam yang Dia Turunkan Itu

Bab 17 Allah Tidak Menciptakan Kita untuk Sia-sia

Bab 18 Kuda Perang dengan Tuannya, Kita dengan Allah s.w.t.

Bab 19 Dia yang Mengetahui Apa di dalam Rahim

Bab 20 Dia yang Maha Pengampun

Bab 21 ‘Ibadurrahman, Adakah Kita Orangnya?

Bab 22 Pada Saat Kita Berdiri di Hadapan Allah

Bab 23 Neraka Allah s.w.t.

Bab 24 Syurga Allah s.w.t.

Bab 25 Mereka yang Memilih untuk Beriman kepada-Nya dan Mereka yang Derhaka        

Bab 26 Allah Hanya Mahukan Kebaikan untuk Hamba-Hamba-Nya

Bab 27 Datang daripada Allah, Kembali kepada Allah

Bab 28 Pilihan di Tangan Kita

Bab 29 Bersyukur Allah Itu Tuhan Kita

Bab 30 Refleksi Seorang Hamba Tuhan 

Buku Berkaitan


Berita

Golongan LGBT Perlu Dirawat?
ditulis oleh Abdullah

Semalam, Taiwan menjadi negara di Asia yang pertama meluluskan perkahwinan sejenis. 6 hari lalu,... Selanjutnya»

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
ditulis oleh Huzaifah Abd Jamil

“Mengapa engkau tersenyum, sedang tadi engkau merenung aku penuh tajam menikam?” “Sebentar tadi... Selanjutnya»

Sebelum Umur 30 Tahun, Lelaki Ini Sudah Menulis 31 Buah Buku
ditulis oleh Asri Yussof

“Saya tidak anggap menulis sebagai sampingan. Jikalau tiada masa, saya akan cari masa. Saya... Selanjutnya»

Kalam Allah: 25 Ayat Al-Quran Pilihan
ditulis oleh Dr Sakinah Salleh

Penulis buku ini adalah Hilal Asyraf yang merupakan penulis motivasi Islamik yang tidak asing dalam... Selanjutnya»

Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna
ditulis oleh Noor Hidaya Arshad

Ini bukan buku cinta sembarangan. Tajuknya sahaja yang sedikit geli-geli tetapi isinya... Selanjutnya»


Errata