
Penilaian pembaca (Keputusan daripada 46 orang pembaca):




Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-983-3654-83-3
ISBN-10: 983-3654-83-5
Tarikh Terbit: 17 Apr 2009
Jumlah Muka Surat : 304
Kategori: Remaja, Remaja Umum
Sekiranya dalam Dua Dunia dulu Yazmin berangan tidak kira waktu tetapi kini dia dua khayalannya akan kembali pada jam 10 malam. Jadi ikuti kisah Yazmin kali ini yang penuh dengan pelbagai cerita menarik.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
novel yang sanagt bagus untuk mengarang terutama bagi Penulisan. Yazmin memang tidak pernah membuatkan saya tidak kering gusi untuk ketawa. dari segi kulit hadapan, ia agak menarik.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Novel Dunia Jam 10 ini amat menghiburkan hati saya. Setelah membaca novel ini, saya mendpati kulit bukunya agak menarik cuma warnanya tak begitu disukai oleh saya keran warna merah jambu. Warna merah jambu amat membosankan kerana tidak menarik perhatian orang ramai.
Dari segi jalan cerita, novel ini memang bagus kerana ada isi- isi yang lawak. Contohnya, sewaktu Yazmin melambai ke arah kawasan perkuburan yang disangkanya dia menjadi seorang puteri. Dari segi bahasa pula, novel ini memang membantu saya dalam ujian sya. Ini adalah kerana bahasa novel ini ringkas dan tidak mengunakan perkataan yang susah difahami.
Manakala dari segi nilai dan pengajaran, agak banyak juga pengajaran dalam novel ini. Yang pertama sekali, kita tak patut kuat berangan seperti Yazmin supaya kita tidak mendapat malu. Selain itu, kita perlu menyayangi haiwan juga seperti Ameer yang amat menyayangi kucing peliharaannya buat sementara laitu Helen yang cacat.
Saya amat menyukai novel sambungan Dua Dunia laitu Dunia Jam 10, karya Majidah Mat Jusoh. Diharap sambungannya akan keluar secepat yang mungkin. Terima kasih.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
alhamdullillah,oklah,semoga maju jaya.sambung lagi tau kak majidah





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
jalan cerita yang menarik dan bila nak terbitkan sambungan ceritanya?.Saya ucapkan selamat berkarya.