Buku

Asabiyyah

oleh Muhammad Suhail Ahmad

RM 35.00 / RM 38.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-270-8

Kod Bar: 9786294932708

Muka Surat: 168

Saiz (inci): 5.8 x 8.3

Saiz (cm): 22 x 15

Tarikh Terbit: 20 Jul 2026

Siri: Nuansa

BISAC: HISTORY / POLITICAL SCIENCE / Public Policy / Social Policy (POL029000)

Penulisan ini mengangkat asabiyyah sebagai nadi kepada kelangsungan sesebuah tamadun, memurnikan salah faham

yang sering melabelnya sebagai sentimen negatif. Menurut Ibnu Khaldun, asabiyyah yang berpaksikan fitrah dan nilai positif merupakan daya penggerak utama dalam Lima Fasa Kitaran Dinasti. Tamadun bermula dengan asabiyyah yang sangat kuat melalui solidariti kelompok untuk mencapai kejayaan.

Walau bagaimanapun, apabila sesebuah kuasa beralih kepada kemewahan dan pembaziran, semangat asabiyyah akan melemah, mereput, dan akhirnya lenyap, sekali gus membawa kepada keruntuhan tamadun tersebut. 

Kejatuhan ini membuka ruang kepada kelompok baharu yang memiliki asabiyyah lebih segar untuk mengambil alih dan memulakan semula kitaran kemajuan.

Isi Kandungan

Bab 1: Sek Kito Jange Pecoh

  • Paradoks Nama: Antara Tribes dan Asabiyyah
  • Kritikan Terhadap Tembok Eksklusif
  • Kekitaan yang Berpaksikan Nilai

Bab 2: Ibnu Khaldun: Sarjana Yang Mendepani Zaman

  • Antara Kemilau Istana dan Dingin Penjara
  • Qal‘at Ibn Salama: Sunyi yang Melahirkan Gerasi
  • Kaherah dan Ujian Realiti Masyarakat
  • Pertemuan dengan Sang Penakluk: Damsyik yang Terluka
  • Warisan yang Melampaui Zaman

Bab 3: Manusia Bukan Haiwan

  • Dua Wajah Akal: Pandangan Al-Raghib al-Isfahani
  • Dari Keperluan kepada Perangkap Kehendak
  • Nafsu yang Memecah Sempadan
  • Kemanusiaan dan Krisis Nilai
  • Antara Akal dan Nafsu: Ke Mana Kita?

Bab 4: Bangsa Besar Tidak Muncul Secara Kebetulan

  • Dari Individu ke Lingkaran Keluarga
  • Lapisan “Kita”: Struktur Kekitaan
  • Dari Asabiyyah Kecil ke Peradaban Global
  • Asas Pembentukan Bangsa

Bab 5: Rom Purba: Dari Kampung ke Empayar

  • Republik dan Asabiyyah Warga
  • Dari Republik ke Empayar: Retaknya Akar Kesetiaan
  • Keruntuhan dan Kitaran yang Pasti

Bab 6: Tembok Besar China: Tembok Batu atau Tembok Jiwa?

  • Xia, Shang dan Benih Identiti Huaxia
  • Qin: Asabiyyah Membara dan Tembok Pertama
  • Han: Penyatuan Naratif yang Abadi
  • Asabiyyah Han Moden dan Tembok Identiti
  • Tembok Batu vs Tembok Jiwa

Bab 7: Asabiyyah Steppe: Seljuk, Mongol dan Kitaran Penakluk

  • Kekuatan Dalaman: Rahsia The Secret History
  • Struktur yang Mengikat Jiwa Nomad
  • Pax Mongolica: Kesan Global Asabiyyah Steppe
  • Imbangan Naratif: Asabiyyah Mujahidin dan Konstantinopel
  • Kitaran yang Berulang

Bab 8: Apabila Kekitaan Bertukar Menjadi Racun

  • Puncak Hadharah: Detik Permulaan Reput
  • Hukum 120 Tahun: Kitaran Tiga Generasi
  • Kembalinya Semangat Padang Pasir

Bab 9: Alaric dan Visigoth: Asabiyyah Nomad Menumbangkan Rom

  • Dunia Goth dan Trauma Hun
  • Alaric: Arkitek Kesedaran Kolektif
  • Rom yang Melemah dari Dalam
  • Penjarahan Rom: Simbol Pertukaran Kuasa
  • Hukum yang Berulang

Bab 10: Melaka: Rahsia Tuan Rumah yang Disegani Dunia

  • Pentadbiran Inklusif: Mengurus Kepelbagaian
  • Bahasa Melayu: Jambatan Jiwa Kosmopolitan
  • Retaknya Tembok Kepercayaan
  • Kesan Kepada Ketuanan

Bab 11: Luka 1511: Tahun Jiwa Melayu Diceroboh

  • Asal Nama dan Wilayah “Melayu”
  • Bahasa Melayu sebagai Tulang Belakang Asabiyyah
  • Parameswara: Kitaran Asabiyyah yang Bermula Semula
  • Waris Kedaulatan Melaka
  • Luka 1511 dan Soalan yang Tidak Pernah Selesai

Bab 12: Siapa Sebenarnya ‘Tuan’?

  • Aceh, Johor dan Kitaran Asabiyyah
  • Dari Belanda ke Tangan British
  • Amanah Menjadi “Tuan”

Bab 13: Makna Ketuanan dan Asabiyyah yang Berubah

  • Dari Amanah Kedaulatan ke Retorik Kuasa
  • Madinah dan Model Kedaulatan yang Adil”
  • Mengisi Ruang Sosial dengan Nilai, Bukan Slogan
  • Kesinambungan: Cahaya dari Barat dan Timur

Bab 14: Era Penjelajahan yang Mencelikkan Barat

  • Dari Penjelajahan ke Penaklukan: Nafsu yang Tidak Pernah Puas
  • Revolusi Sains dan Enlightenment: Akal Menghalau Wahyu
  • Garis Masa Kebangkitan dan Kesombongan Barat
  • Tanah Melayu: Diperah demi Kemajuan Global
  • Ilmu Tanpa Jiwa: Warisan yang Meracuni

Bab 15: Jerat English Supremacy: Asabiyyah Jahiliyyah Kembali

  • Darwinisme Sosial: Sains sebagai Alat Penindasan
  • Menghancurkan Tembok Jiwa Melayu
  • Pecah dan Perintah: Mekanisme Asabiyyah Sempit
  • Kehilangan “Tuan” yang Berjiwa Amanah
  • Rumah Tanpa Jiwa

Bab 16: Negara Moden: Rumah Tanpa Jiwa

  • Dari Sempadan Organik ke Garis Lurus di Peta
  • Penjajahan di Bilik Darjah
  • Bahasa: Jambatan di Atas Retakan
  • Elit Pascakolonial dan “Asabiyyah Plastik”

Bab 17: Apabila Warganegara Hilang Rasa Memiliki

  • Moraliti Badawi: Kompas Dalaman yang Hilang
  • Dari Medan Perang ke Manifesto Politik
  • Metafora Lampu Isyarat: Kepatuhan vs Kesedaran
  • Peranan Penting Undang-Undang Moden
  • Asabiyyah Madani: Mencari Akar yang Hilang

Bab 18: Amerika Syarikat: Negara yang Melupakan Asalnya

  • Naratif Penemuan Tanah Kosong
  • The Great Dying” dan Luka Sejarah
  • Dari Frontier ke “American Dream”: Evolusi ‘Keakuan’
  • Materialisme: Kerapuhan Asabiyyah Moden
  • Gergasi yang Retak di Dalam

Bab 19: Hedonisme: Musuh yang Tidak Disedari

  • Media dan Normalisasi Nilai Baharu
  • Dari Materialisme ke Hedonisme: Hakisan Senyap Asabiyyah
  • “Asabiyyah Plastik”: Kekitaan Palsu dalam Dunia Jenama
  • Dasar Pandang Ke Timur: Reaksi Terhadap Penjajahan Budaya
  • Menghitung Detik Keruntuhan

Bab 20: Madīnah: Blueprint Pertama Negara Madani

  • Piagam Madīnah: Kontrak Sosial Masyarakat Majmuk
  • Madani dalam Tradisi Pemikiran Islam
  • Realiti Moden: Dari Kabilah ke “Ta’ifah” Politik
  • Wajah Asabiyyah Madani: Lima Tunjang Utama
  • Rumah yang Hilang Penghuninya

Bab 21: Agama Sebagai Sistem Kawalan Dalaman

  • Agama: Antara Roh dan Slogan Retorik
  • Mengawal Amarah dan Menegakkan Keadilan
  • Bahaya Tafsiran Ringkas dan Pelampauan Beragama
  • Islamofobia: Asabiyyah Global dan Benturan Kejahilan
  • Menuju Asabiyyah Madani yang Hakiki

Bab 22: Kebangkitan: Strategi Membina Semula Roh Kebangsaan

  • Menenun Identiti dalam Arus Moden
  • Blueprint Surah al-Mu’minun: Strategi Insan Berjaya
  • Menjadi “Kita” yang Berdaulat
Judul: Asabiyyah
Penulis: Muhammad Suhail Ahmad

ISBN: 978-629-493-270-8
Harga: RM 35.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026