Tersebar sebuah paradoks yang dilaungkan oleh Syams-i Tabrizi,
“Sebahagian manusia menemukan Tuhan di kedalaman dosanya, sementara, sebahagian yang lain kehilangan Tuhan di puncak kenikmatannya.”
Bait-bait kata yang dijahit Syams-i Tabrizi ini menyentap inti dalam segenap hubungan hamba bersama Tuhannya sehingga menimbulkan persoalan, “Siapa yang bertemu dengan Tuhan di tengah kemaksiatan?” “Bukankah Tuhan itu memurkai maksiat?”
Itulah persoalan yang akan dikupas melalui karya yang menghimpunkan perspektif taubat daripada tiga penulis lagenda Islam iaitu Imam al-Harith al-Muhasibi, Imam al-Ghazali dan Imam Ibnu Taimiyyah.
Permasalahan taubat itu digali sehingga ke akar-akarnya. Mengapa manusia masih berputus asa dengan dosa, sedangkan Tuhan sendiri menanti manusia kembali kepada-Nya? Karya ini menemukan rahsia di sebalik paradoks.
Peta buku Pengantar penerbit
Pengantar editor
Intisari Imam al-Muhasibi
Bahagian 1: Kitab al-Taubah Bada’a Man Anaba Ila Allah, al-Muhasibi
“Ya Allah,bantulah kami” Jalan permulaan untuk kembali kepadaAllah s.w.t.
Ciri-ciri “Al-Nafsu al-Ammaratu bi al-Su” (nafsu yang menyeru kepada kemungkaran)
Tertipu dengan diri sendiri
Tanda-tanda kejujuran ketika taubat
Ilmu tentangharapan, syukur dan takut
Makna taubatdan ciri-cirinya
Kembali melakukan dosa
Intisari Imam al-Ghazali
Bahagian 2: Kitab al-Taubah, Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali
Pendahuluan
Hakikat dan definisi taubat
Kewajipan bertaubat dan kelebihannya
Kewajipan segera bertaubat
Persoalan tentang hakikat taubat
Makna kewajipan
Intisari Imam Ibnu Taimiyyah
Bahagian 3: Kitab al-Taubah, Ibnu Taimiyyah
Pendahuluan
Pembahagian taubat
Renungan pertama; Masihkah aku berdosa jika aku tidak sengaja?
Renungan kedua; Berhati-hati dengan taubat yang haram