Buku

Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15 (Edisi 2026)

oleh HAMKA

RM 40.00 / RM 43.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-243-2

Kod Bar: 9786294932432

Muka Surat: 512

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 20 Aug 2026

BISAC: RELIGION / Islam / Koran & Sacred Writings (REL041000)

Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai Surah Al-Kahfi dan surah lain dalam juzuk 15. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Professor Dr. Haji Abdul Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nageri Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawwuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.

Pengantar Juzuk 15

Surah Al-Isra'

  • Pendahuluan
  • Isra’ dan Mikraj Nabi s.a.w.
  • Al-Isra'
  • Tentang Masa Terjadinya
  • Kejatuhan Bani Israel
  • Akhlak Muslim (I)
  • Khidmat kepada Ibu Bapa
  • Kaum Keluarga dan Fakir Miskin
  • Akhlak Muslim (II)
  • Zina
  • Harga Nyawa
  • Harta Anak Yatim dan Keteguhan Janji
  • Kejujuran Berniaga
  • Jangan Hanya Menurut Saja
  • Jangan Sombong
  • Menghadapi Kaum Musyrikin
  • Dinding Pembatas
  • Memilih Kata-Kata
  • Satu Negeri Dibinasakan
  • Mukjizat
  • Permusuhan Iblis dengan Manusia
  • Melayari Lautan
  • Kemuliaan Anak Adam a.s.
  • Ujian Perjuangan Rasulullah s.a.w.
  • Tahajud
  • Bekerja Menurut Bakat
  • Perihal Roh
  • Wahyu Dipelihara Allah
  • Tentangan.
  • Manusia Dirasulkan kepada Manusia.
  • Nabi Musa a.s. dengan Sembilan Ayat
  • Al-Quran
  • Asmaul Husna

Surah Al-Kahfi

  • Pendahuluan
  •  Ashabul Kahfi (Penghuni gua) (I)
  • Ashabul Kahfi (II)
  • Keadaan Mereka Dalam Gua itu
  • Beberapa Catatan Kesimpulan Mengenai Ashabul Kahfi.
  • Perbandingan Kahfi Bulaqak dengan Kahfi Efesus
  • Membentuk Pendukung Cita
  • Perumpamaan Orang yang Lupa Diri
  • Perumpamaan Hidup di Dunia
  • Al-Baqiyatus Solehah
  • Pimpinan Iblis
  • Manusia Banyak Bantahan
  • Nabi Musa a.s. Pergi Berguru (I)
  • Nabi Musa a.s. Pergi Berguru (II)
  • Beberapa Keterangan
  • mengenai Nabi Khidir
  • Kenang-kenangan
  • Zulkarnain (Yang Empunya Dua Tanduk) (I)
  • Zulkarnain (Yang Empunya Dua Tanduk) (II)
  • Siapakah Zulkarnain Itu?
  • Daripada Hal Yakjuj dan Makjuj
  • Yakjuj dan Makjuj Sudah Lama disebutkan
  • Tanda Kiamat sudah Dekat

Bibiliografi 
Nota penerbit 
Nota Hujung


 

Judul: Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15 (Edisi 2026)
Penulis: HAMKA

ISBN: 978-629-493-243-2
Harga: RM 40.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026