Arkitek Kampung Seberang
oleh Nuriazam Ismail


Versi Cetak

RM18

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 20
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-5406-47-8

Tarikh Terbit: 9 Mar 2010

Jumlah Muka Surat: 368


Versi eBook

Belum Terbit


Mat, Dol dan Din penduduk Kampung Seberang yang masih belajar. Melepak adalah kegemaran mereka. Tidak, bukan di pusat mebeli-belah. Bukankah mereka budak kampung? Bagi memastikan aktiviti melepak mereka berjalan lancar tanpa gangguan, mereka membina rumah di atas pokok. Idea itu datang daripada Mat. Manakala Dol yang berpengalaman membina tandas bercat merah jambu adalah arkitek utamanya.

Azhar pula pelajar University of Queensland yang pulang tanpa ijazah kerana hatinya terluka. Mereka bertemu. Bercerita berkenaan seni bina, bekerja sebagai penunggu durian dan pembina tandas penduduk kampung. Tetapi di Kampung Seberang, bukan ada mereka sahaja. Adat di kampung, Tentu ada golongan antagonis. Di sinilah Lan Tokak, Meli Boy dan Jan Jebeh berperanan.   Kisah di Kampung Seberang hanya kisah biasa. Kisah cita-cita, harapan, kehidupan dan keinsafan.