Kamceng dengan Solat

oleh Mohd Zawawi Yusoh, Siti Hasnah Hamzah

Harga: RM 13.00 / RM 16.00
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3603-43-2
Tarikh Terbit: 1 Apr 2006
Jumlah Muka Surat : 192

Kategori: Islam, Islam Umum

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Daripada Pengarang

Bahagian 1: Sembang-sembang Tentang Solat
1. Apa Kebendanya Solat tu?
2. Rupanya Solat ni Dapat Release Tension ke?
3. Nape Kena Solat? Menyusahkan!
4. Eii...! Panasnya Pakai Tudung ni!
5. Lamanya Solat ni! Lembab arr...
6. Susahlah Nak Hafal al-Fatihah...
7. Doa: Allah Tahu Banyak Bahasa? Fuyyoo!!
8. Solat pun Boleh Duduk, Baring ek..
9. Hidup Sihat dengan Solat? Biar Betul!
10. Aku Solat, Tak Jadi Pandai pun
11. Kita ni Sembah Batu (Kaabah) ke?
12. Peliknya Solat dalam Jam...
13. Solat pun Ada 2 in 1? Macam Mana tu?

Bahagian 2: Baru Aku Tau... Best Rupanya Solat ...
14. Aku Dah Betul-betul Insaf ni...
15. Umat Islam Terrorist? Biar Betul...
16. Macam Mana Nak Tolong Kawan-kawan Aku?
17. Bos Tak Bagi Solat La...
Biodata Penulis

Sinopsis

Chatting berjam-jam boleh, tapi solat lima minit pun dah mengeluh?

Info Penulis

Mohd Zawawi Yusoh adalah seorang pensyarah di Jabatan Bahasa Al-Quran di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya. Beliau juga memegang jawatan sebagai ketua fasilitator dan penceramah Human Touch Consultant (HTC).

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Rengas Bekah, Terengganu dan seterusnya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (KUSZA), dan menerima diploma dalam bidang Usuluddin.

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1990 dan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan keputusan yang cemerlang. Pada tahun 1994, beliau menerima Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Bahasa Arab di UIA, Kuala Lumpur. Kini, beliau sedang menyiapkan pengajian Ph.d di Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (KUSTEM).

Beliau aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid, surau-surau, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di seluruh negara. Beliau juga berpengalaman menyampaikan pembentangan kertas-kertas kerja dalam seminar-seminar di dalam dan luar Kuala Lumpur. Beliau pernah mengendalikan kursus-kursus motivasi, bina ihsan dan bimbingan untuk remaja, pekerja sektor-sektor awam dan swasta serta keluarga.

Selain itu, beliau juga aktif menjadi tetamu panel rancangan agama di kaca televisyen dan corong-corong radio. Antara rancangan-rancangannya adalah:

1. Al-Kuliyyah, Al-Hidayah dan Laman Nurani di TV3.
2. Forum Perdana Ehwal Islam, Hiwar, Seni Islam dan lain-lain di TV1.
3. Raudhah dan An-Nur di Astro.
4. Rancangan Dinamik, Pagi Syahdu, Ke arah Kesejahteraan di Radio Satu Shah Alam.
5. Tetamu mingguan rancangan Pedoman di Radio Tiga Shah Alam.

Beliau juga banyak menyandang jawatan di beberapa pertubuhan. Antaranya:
1. Penasihat fekah Syarikat Derma Ikhlas.
2. Penasihat agama JKIM Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
3. Penasihat dan pembimbing umrah dan haji Syarikat Padmina Travels.
4. Penasihat Kursus Bina Insan PNB.

Beliau pernah mengendalikan kursus-kursus di sektor-sektor swasta seperti untuk 600 staff TV3 bagi program Rising Up to the Challenge TV3, 1000 staff Sime Tyre International bagi program ‘Diri Cemerlang Organisasi Gemilang’ dan lain-lain lagi.

Siti Hasnah Hamzah adalah pelajar tahun ke-3 yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Sistem Maklumat (IT).

Beliau memulakan awal persekolahannya di Sekolah Rendah Islam Hira, Kelang pada 1991. Pada 1995 hingga 1996, beliau bertukar sekolah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam. Mendapat pendidikan menengah rendah di SMKA Ma’ahad Hamidiah yang terletak di Kajang (1997-1999) dan menduduki PMR dengan cemerlang. Seterusnya pada tahun 2000, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi di Matrikulasi UIAM dari 2002 hingga 2003. Pada akhir tahun 2003, beliau memasuki Kampus Induk UIAM, Gombak.

Semasa di UIAM, beliau bergiat aktif dalam kegiatan kemahasiswaan seperti komiti Minggu Taaruf (Orientasi Pelajar), Pesta Konvokesyen, Pesta Intelektual dan ahli Biro Penerbitan dan Multimedia dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Selain itu, beliau juga melibatkan diri dalam kegiatan dakwah di luar kampus.

Buku lain oleh penulis ini

  • Kamceng dengan Solat
    RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3603-43-2
    Tarikh Terbit: 01 Apr 2006
  • Akrab dengan Tuhan
    RM 14.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-90-9
    ISBN-10: 983-3603-90-4
    Tarikh Terbit: 15 Feb 2007
  • Kamceng dengan Solat
    RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3603-43-2
    Tarikh Terbit: 01 Apr 2006

Temubual bersama penulis