Buku

Menara

RM 16.50 / RM 18.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-983-3892-61-7

Muka Surat: 208

Saiz:

Tarikh Terbit: 6 Nov 2009

 

 Sebuah novel daripada Isa kamari yang cuba mencari pertalian antara aspirasi dan keinginan yang hidup dalam jiwa dan minda manusia dengan gejala budaya sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di luar dirinya. Pendekatan psikologi ini adalah jawapannya pada pelbagai masalah keasingan dan penghakisan nilai yang kita alami akibat serangan kemodenan dan teknologi.

Banyak tempat berehat dan renungan dalam perjalanan yang berliku ini. Oleh kerana itu Menara tidak usah dipanjat dengan terburu-buru. Menara adalah tantangan dan antitesis pada ketergesaan dan keterasingan hidup kita selama ini.

Kenikmatan menghayatinya bergantung pada persediaan serta tahap mana tanggapan dan pemahaman ditebuk dan dicerna. Daripada satu aspek  Menara berusaha mencipta khalayak pembaca yang juga pemikir serius dan peneroka yang berani. Tentunya setiap pembaca akan memanjat Menaranya yang tersendiri. Puncak yang tercapai juga berlainan ketinggiannya. Selamat mendaki.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024