Buku

Menjejaki Konstelasi: Mencari Biri-Biri

oleh Azrul Rohiza

RM 13.00 / RM 15.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-464-213-3

Kod Bar: 9786294642133

Muka Surat: 136

Saiz (inci): 4.5 x 7.25

Saiz (cm): 19 x 12

Tarikh Terbit: 30 Oct 2026

Kategori:

BISAC:

Mencari harta karun peninggalan kerajaan Belanda bukanlah sesuatu yang mudah, malah Alex dan teman-temannya tahu akan risikonya. Namun, dengan bantuan seorang lelaki dan perempuan misteri, ternyata pencarian sebegitu boleh menjadi lebih seronok dan mendebarkan.

Keadaan semakin genting apabila mereka berlima turut diburu organisasi haram yang turut mahu mendapatkan harta karun persembunyian Stella van Hymn itu. Ternyata kumpulan Tedung sanggup melakukan apa sahaja termasuklah perkara terkutuk untuk menyingkirkan saingan mereka demi mendapatkan kekayaan dunia itu.

Butang-Butang Bintang menjadi taruhan. Gerbang Zodiak harus segera dicari. Kunci dengan gambar seekor biri-biri yang melambangkan konstelasi Aries adalah salah sebuah jawapan untuk misteri silam.

Dapatkah Alex dan teman-temannya mendahului, sebelum organisasi bawah itu merampas sesuatu yang bukan milik mereka?

Judul: Menjejaki Konstelasi: Mencari Biri-Biri
Penulis: Azrul Rohiza

ISBN: 978-629-464-213-3
Harga: RM 13.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026