Buku

Motivasi Gaya Rasulullah

oleh Mohd Khairul Nizam, Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri (Ph.D)

RM 12.00 / RM 14.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-411-023-9

Muka Surat: 144

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 27 Apr 2012

Kategori: Islam, Gaya Hidup

Kita ada mendengar perihal motivasi, namun bagaimana pula motivasi gaya nabi? Mengapa pula motivasi itu mengikut gaya Rasulullah? Mengapa tidak gaya yang lain?

Jelas daripada Quran dan Sunnah bahawa Muhamad itu sebaik-baik contoh. Bahkan Micheal H. Hart dalam buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah, mengatasi Jesus (Isa) mahupun saintis ulung,
Isaac Newton.

Motivasi Gaya Rasulullah menggali rahsia nabi dalam memotivasi. Teknik motivasi nabi itu adalah begitu unik. Teknik motivasi nabi mempunyai unsur ganjaran dan hukuman, namun melebihi sekadar kedua-duanya sahaja. Motivasi Gaya Rasulullah menyelak lembaran sejarah, dan melihat kembali kisah
nabi. Melalui Motivasi Gaya Rasulullah, moga-moga kita dapat hidup dengan cara nabi. Semoga kita semua mendapat bimbingan seolah-olah hidup bersama Rasulullah. Insya-Allah.

Prakata
Pengenalan
BAB 1: Motivasi
BAB 2: Sumber Motivasi Gaya Muhammad bin Abdullah
BAB 3: Teknik Motivasi Gaya Muhammad bin Abdullah
BAB 4: Hadis-Hadis Ganjaran
BAB 5: Hadis-Hadis Hukuman
BAB 6: Kisah-Kisah Gaya Motivasi Rasulullah
BAB 7: Doa-Doa Motivasi
Biodata Penulis
Bibliografi

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024