Kini, tidak ada bidang kerjaya yang terkecuali daripada membuat persembahan. Pensyarah, doktor, pegawai komunikasi korporat, ahli perniagaan, pereka bentuk, jurutera, pelajar dan sesiapa sahaja pasti tidak terlepas daripada membuat persembahan dengan Power Point. Tujuannya ialah meningkatkan kredibiliti dan meluaskan pengaruh persekitaran.
Persembahan Hebat dengan Power Point (Edisi Kemas Kini) membimbing kita bagi memantapkan persembahan di depan khalayak dengan fokus:
Idea simpel, pembentangan menakjubkan
Formula praktikal bagi memukau audiens
Idea kecil, namun dengan hasil yang gempar
Seni mencipta pembentangan berkualiti
Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi. Beliau menghimpunkan semula komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Media di University of Bradford, United Kingdom. Tambahan pula dengan posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ikuti buah fikiran beliau selanjutnya di www.SyahrulNizam.com
Kandungan
Prakata
Ciri-ciri Persembahan Hebat
Kaedah, Persekitaran dan Khalayak
Reka Bentuk Visual yang Berkesan
Komunikasi Menggunakan Teks
Panduan Reka Bentuk Multimedia
Nada Suara dan Kemahiran Penyampaian
Menambah Seri Pada Persembahan
Mengurus Persembahan
Persembahan Hebat Tanpa PowerPoint
Penambahbaikan Berterusan
Rujukan
Akan Terbit