"Seni Mengenal Diri dan Mengenal Tuhan" membawa pembaca menyelami rahsia mengenal Tuhan dan memahami hubungan manusia dengan Tuhan, musuhnya, dirinya sendiri, serta amal perbuatannya. Ditulis oleh Imam Al-Harith Al-Muhasibi, buku ini memberi panduan lengkap dalam memperbaiki niat, menjaga keikhlasan dalam beribadah, dan melindungi diri daripada tipu daya syaitan yang penuh muslihat. Setiap topik dihiasi dengan nasihat-nasihat penuh hikmah yang menyentuh jiwa, membuka hati untuk menerima kebenaran, dan membawa manusia ke arah kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat. Buku ini juga menekankan pentingnya mengenal diri sendiri agar kita tidak terperangkap dalam sifat negatif seperti sombong, iri hati dan hawa nafsu yang memudaratkan.
Penulis kitab, Imam Al-Harith Al-Muhasibi adalah tokoh terkemuka dalam bidang kerohanian Islam dan pemikiran sufi. Beliau terkenal dengan karya-karya yang membedah persoalan hati, keikhlasan, dan hubungan manusia dengan Tuhan. Melalui karya ini, beliau mempersembahkan panduan yang terus relevan untuk memperbaiki diri dan mencapai kehidupan yang diberkati Tuhan.
Peta Buku.
Pengantar Penerbit.
Pengantar Editor.
Biografi Imam Al-Harith Al-Muhasibi.
Pengesahan daripada Penulis Kitab Ini.
Penerangan untuk Manuskrip Asal Kitab Ini.
Pendahuluan.
Kaedah Penyusunan dan Ulasan Kitab Ini.
Mukadimah Penulis Kitab.
BAHAGIAN 1: HEBATNYA NIAT YANG BETUL DAN KEKUATAN IKHLAS DALAM BERAMAL
PETA MINDA. Keindahan Adab dan Akhlak dalam Kehidupan Seharian.
PESANAN 1. Niat adalah Asas Ketakwaan.
PESANAN 2. Niat yang Tulus Boleh Menjadi Rosak, Jaga-Jaga!
PESANAN 3. Murnikan Niat dan Keikhlasanmu Serta Jauhilah Perkara-Perkara yang Terlarang.
BAHAGIAN 2: KEINDAHAN MENGENALI ALLAH S.W.T. DAN DIRI SENDIRI
PETA MINDA. Keindahan Mengenali Allah s.w.t. dan Diri Sendiri.
PESANAN 4. Bagaimana Kita Mengenali Allah s.w.t.?
PESANAN 5. Bagaimana Kita Mengenali Muslihat Iblis?
PESANAN 6. Sudahkah Anda Mengenali Diri Sendiri?
BAHAGIAN 3: BAHAGIANYA MENGIKUTI SUNNAH DAN MANISNYA MUHASABAH DIRI
PETA MINDA. Bahagianya Mengikuti Sunnah dan Manisnya Muhasabah Diri.
PESANAN 7. Ikuti Sunnah, Hindari Bid’ah.
PESANAN 8. Tidakkah Kamu Ingin Menjadi Insan yang Zuhud di Dunia?
PESANAN 9. Bagaimana Kamu Merasai Kemanisan Beribadah?
BAHAGIAN 4: MENGENDALIKAN RAGAM KOMUNITI BERSIFAT RAHMAH
PETA MINDA. Mengendalikan Ragam Komuniti Bersifat Rahmah.
PESANAN 10. Bagaimana Menyemai Sifat Belas Kasihan?
PESANAN 11. Berlemah-Lembutlah Dengan Dirimu, Kesan Positifnya Akan Dapat Dirasai.
PESANAN 12. Hak-Hak yang Perlu Ditunaikan Sesama Orang yang Beriman.
BAHAGIAN 5: KEINDAHAN ADAB DAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
PETA MINDA. Keindahan Adab dan Akhlak dalam Kehidupan Seharian
PESANAN 13. Cara untuk Beradab dengan Allah s.w.t.
PESANAN 14. Belajarlah untuk Diam dan Perangi Nafsumu.
PESANAN 15. Nasihat Bertatahkan Emas.
Penutup dan Dedikasi.