Buku
DIPLOMASIA
ISBN: 978-629-493-083-4
Kod Bar: 9786294930834
Muka Surat: 220
Saiz (inci):
Saiz (cm):
Tarikh Terbit: 12 May 2025
Kategori:
Siri: Nuansa
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-629-493-083-4
Kod Bar: 9786294930834
Muka Surat: 220
Saiz (inci):
Saiz (cm):
Tarikh Terbit: 12 May 2025
Kategori:
Siri: Nuansa
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
Apakah yang menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia meskipun hanya sebuah negara kecil di peta geopolitik global? Buku Diplomasia ini membuka mata kita kepada kehebatan seni diplomasi Malaysia yang sering kali tidak dihargai di dalam negara sendiri, tetapi disanjung secara halus di peringkat antarabangsa.
Malaysia tidak mengaum seperti harimau, tetapi berbisik dengan bijaksana. Ketika kuasa besar seperti AS dan China bertembung, Malaysia tidak menjadi mangsa, sebaliknya menjadi jambatan—menyeimbangkan prinsip, kedaulatan dan kepentingan. Ketika dunia terbelah kerana ideologi dan kuasa, Malaysia memilih jalan musyawarah, bukan konfrontasi.
Melalui siri-siri episod mendebarkan seperti tuntutan Filipina ke atas Sabah, rundingan damai di Bangsamoro, ancaman pesawat risik dan perang psikologi maritim di Laut China Selatan, buku ini memaparkan bagaimana Malaysia mendepani cabaran dengan kepala dingin dan suara diplomatik yang tajam namun beradab.
Persoalannya—bagaimana negara kecil ini mampu berdiri teguh? Adakah kerana kehebatan dasar luar, kekuatan nilai budaya, atau keberanian dalam berprinsip?
Jawapannya tersulam dalam buku ini, yang bukan sahaja memperlihatkan kecekapan diplomatik, tetapi juga mencerminkan jati diri Malaysia yang luhur dan matang di tengah hiruk-pikuk dunia.
KANDUNGAN
BAHAGIAN 1: MENCARI MAKNA MALAYSIA – JATI DIRI DALAM ARUS SERANTAU
1.1 Jati Diri Malaysia Dicabar: Adakah Kita Masih Teguh?
1.2 Pancasila, Hanruh dan Rukun Negara: Mengapa Hanya Kita Masih Tercari-cari?
1.3 Kedaulatan Beraja dalam Era Demokrasi: Keunikan Sistem Malaysia
1.4 Tuntutan Manila: Ancaman Senyap Terhadap Kedaulatan Malaysia?
1.5 Malaysia di Sebalik Tabir Bangsamoro: Agenda Strategik ataupun Tanggungjawab Serantau?
1.6 Antara Sambutan 9 August, 17 Agustus dan 31 Ogos: Tiga Negara, Tiga Naratif, Satu Semangat
1.7 Dari Fort Bragg ke Putrajaya: Dinamika Hubungan Anwar–Prabowo
1.8 Lawrence Wong dan Malaysia: Strategi, Empati dan Masa Depan Bersama
BAHAGIAN 2: DIPLOMASI STARTEGIK DAN SEPAK TERAJANG POLITIK ASEAN, ASIA-PASIFIK DAN INDO-PASIFIK
2.1 Mengemudi ASEAN pada Zaman Pergolakan: Tanggungjawab Malaysia
2.2 ATM vs SAF: Antara Teknologi dan Semangat Kedaulatan
2.3 Akta Maritim Filipina Cemar Konsensus, Malaysia Perkasa Status-Quo
2.4 Malaysia Tidak Tunduk, Tidak Takut: Mendepani Amerika Syarikat dan China
2.5 Peta Baru China 2023: Malaysia Menyusun Langkah Bijak Dalam Geopolitik
2.6 Dilema Berjiran: Ketegangan Malaysia-Singapura dan Isu Kedaulatan
2.7 Diplomasi Melalui Budaya: Langkah Wisma Putra Mencorak Dasar Luar Negara
2.8 Perjanjian Air 1962: Mendedah Ketidakseimbangan dan Ketidakadilan dalam Hubungan Dua Negara
BAHAGIAN 3: MALAYSIA DAN CABARAN KUASA BESAR, NAVIGASI STRATEGIK DALAM GEOPOLITIK GLOBAL
3.1 Strategi Diplomatik atau Perang Terbuka? Malaysia dan Beijing dalam Perbalahan Laut China Selatan
3.2 MH17: Kambing Hitam dalam Pertarungan Geopolitik Amerika, Rusia, dan Eropah
3.3 Trump vs Malaysia: Antara Diplomasi Keras dan Kecerdikan Malaysia dalam Menangani Geopolitik
3.4 Malaysia di Tengah NATO Asia: Pengaruh AUKUS dan QUAD Mencabar Dasar Luar Berkecuali
3.5 Gerakan Saraf Negara Jiran: Malaysia Menghadapi Ujian Kedaulatan dalam Geopolitik Serantau
3.6 Dasar Pertahanan Bebas Politik: Menyusun Strategi Negara Dalam Menghadapi Geopolitik Global
3.7 Latihan Balikatan 2024: Implikasi Ketegangan Geopolitik Antara AS, Filipina, dan China di Laut China Selatan
3.8 Malaysia dan BRICS: Mengukir Peranan di Panggung Global
3.9 Menghadapi Trump: Malaysia Perlu Menentukan Sama Ada Menjadi Pengikut atau Pemain Utama
Glosari
Senarai Akronim