Penulis

Khoirul Trian, seorang penulis muda dari Lampung, Indonesia, telah menghasilkan karya-karya yang dekat di hati pembaca khususnya khalayak pembaca di Indonesia melalui kecintaannya terhadap penulisan, pembacaan, pemerhatian kepada keadaan sekeliling. Perjalanan penulisannya bermula dengan catatan di telefon bimbit dan di belakang buku pelajaran, yang kini menjadikannya seorang penulis yang diiktiraf.
Dilahirkan pada 26 September 1998, Trian pernah mengikuti pengajian peringkat Ijazah di Universiti Islam Negeri di Lampung, Indonesia. Beliau telah menerbitkan beberapa judul buku bersama Gradien Mediatama (antara penerbit buku terkenal di Indonesia) antaranya berjudul, Anak Kecil yang Kehilangan Pundaknya, Dari Aku yang Hampir Menyerah, Jujur, Ini Berat, When You Feel Useless, dan sebuah buku kolaborasi bertajuk Kita Terlalu Lucu Untuk Diseriusin.
Selain menulis, Trian aktif sebagai pencipta kandungan di YouTube melalui saluran “Catatan Khoirul Triann”, di mana beliau berkongsi puisi dan naratif yang menyentuh perasaan. Beliau juga aktif di media sosial seperti Instagram (@khoirultriann) dan TikTok (@khoirultrian), serta menghasilkan podcast di platform seperti Spotify dan Noice.
Karya-karya Trian sering mengangkat tema tentang perjuangan hidup, kegagalan, dan proses pendewasaan, yang memberikan inspirasi kepada pembaca dan pendengarnya. Beliau juga telah menulis beberapa naskhah filem pendek dan terlibat dalam festival filem. Melalui pelbagai platform, Trian terus berkongsi pandangan dan pengalaman hidupnya, memberikan semangat kepada mereka yang menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.
Untuk mengenali lebih lanjut tentang karya dan aktiviti terkini Khoirul Trian, anda boleh melayari saluran YouTube “Catatan Khoirul Triann” atau mengikuti beliau di media sosial.
IG @khoirultriann
TikTok @khoirultrian