Rabiatul Adawiyah

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 5 orang pembaca):

54321

Zahiruddin Zabidi

Harga: RM 24.00 / RM 27.00
ISBN-13: 978-983-3892-74-7
Tarikh Terbit: 18 May 2010
Jumlah Muka Surat : 272

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Novel Dewasa, Novel Islami, Novel Sejarah

PTS Litera Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

Kisah Rabiatul Adawiyah sejak beliau lahir sehingga beliau meninggal dunia.

Rabiatul Adawiyah anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.

Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. Walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, ayahnya tetap dengan keputusannya.

Kisahnya bermula sebelum kelahirannya lagi. Ayahnya Rabiatul adalah seorang yang baik akhlak dan elok ilmu agamanya.

Semasa dia masih kecil kedua-dua ibu bapanya meninggal dan tinggallah dia dengan kakak-kakaknya. Kemudiannya ujian Tuhan datang lagi, dia diculik dan menjadi hamba pada satu keluarga kaya. Daripada situlah perjalanan spiritual Rabiatul berkembang sehinggalah beliau diiktiraf sebagai wali.

Mengandungi 38 bab yang bercerita berkenaan kisah Rabiah.

Bab itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bab 1 sampai Bab 26 adalah kisah hidup Rabiah daripada kecil sehingga dewasa. bab 27 sehingga bab 38 adalah bab yang menceritakan kisah-kisah Rabiah semasa sudah menjadi wali.

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. auni 1996
    21 Aug 2010
    1:44 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    best buku ni
    cover die pun cantik
    ayat2 yg die gune pun..senang org nak paham

  2. MOHD RIZALMAN BIN ABD RAHMAN
    30 Jul 2010
    10:58 AM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Assalamu’alaikum,

    Rabiatul Adawiyah adalah satu nama yang tidak asing lagi di dalam dunia Islam terutama di dalam bidang kesufian. Namanya sememangnya telah gah dan telah menjadi watak yang penting dalam cerita-cerita sufi. Beliau juga adalah seorang wanita yang telah mencapai darjat kewalian dan hal ini dipersetujui oleh ramai ulamak-ulamak. Namun, dalam kisah-kisah yang biasa kita dengari terkandung beberapa cerita yang mengundang fitnah terhadap beliau kerana ada pujian-pujian terhadap beliau yang dianggap berlebihan.

    Di dalam buku Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Abadi ini, jelas kelihatan penulisnya amat berhati-hati dalam menyampaikan kisah kehidupan Rabiatul Adawiyah. Jika selama ini Rabiatul Adawiyah dibayangkan sebagai seorang wali keramat yang tidak terjangkau darjatnya oleh kita, namun setelah membaca buku ini kita dapat mengenali Rabiatu Adawiyah dengan sifat kemanusiaannya. Bahkan, terasa keagungan itu hanyalah milik Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya yang taat.

    Kisah Rabiatul adawiyah di dalam buku ini bukanlah kisah khayalan. Sifat-sifat kemanusiaan Rabiatul Adawiyah jelas dinyatakan tanpa mengurangkan darjat wali Allah ini. Dengan ini ia tentu sahaja boleh menjadi inspirasi buat semua manusia untuk menjadi seperti beliau. Semoga kita semua terinspirasi hasil dari membaca karya Tuan Zahirudin Zabidi ini.

  3. faizulnizan bin wahid
    26 Jul 2010
    11:12 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang,assalamualaikum,alhamdulilah,buku ini sangat menarik,dari segi penceritaan,cukup lengkap membincangkan perjalanan hidup seorang hamba Allah yang mana boleh menjadi contoh dan ikutan di dalam mencari Redha Nya,banyak kisah2 menarik yang dipaparkan di dalam buku ini,terutama karamah pada diri Rabiatul adawiyah,bahasa yang ringkas tetapi padat dan bermakna….

  4. aniza
    21 Jun 2010
    7:46 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    saya ingin berbicara pula tentang buku novel sejarah Sri kandi Islam, Rabiatul Addawiyah tulisan Tuan Zahiruddin (pts).

    Membaca kisah Rabiatul (yang bermakna Empat) menyedarkan kita betapa Islam meletakkan wanita dalam kedudukan yang tinggi dan mulia. Namun begitu, Rabiatul seperti manusia biasa yang lain juga diuji dengan pelbagai dugaan. Namun yang membezakan Rabiatul dengan wanita Islam yang lain ialah reaksi beliau ketika ditimpa kesusahan dan musibah (seperti diculik dan dijadikan hamba kepada tuan yang zalim). Usahkan merungut, menyalahkan Allah dan takdir-Nya juga tidak. Beliau malah bergembira dan redha atas segala ujian yang diberikan.
    Kekayaaan harta bukanlah misi utama Rabiatul. Walau ditabur dan dijanjikan harta kekayaan dunia namun beliau menolaknya. Lihat sahaja pakaian dan harta yang beliau ada.
    Membaca Rabiatul Addawiyah mengingatkan saya supaya tidak mudah melatah jika diuji oleh Allah. Sedangkan wanita yang tidak pernah sunyi daripada mengerjakan ibadat kerana Allah ,pun diuji juga oleh Allah akan tahap keimanannya, apatah lagi diri kita yang dilahirkan sebagai manusia yang tidak punyai apa-apa.

    Sememangnya buku tulisan Tuan Zahiruddin ini harus dimiliki dan dibaca. Bahasa yang digunakan oleh penulis mudah difahami dan mudah meresap ke dalam hati. Insyaallah, berbaloi untuk wang kita!(Jika itu yang anda risaukan) Namun bagi saya, kalau untuk ilmu yang bermanfaat, berapapun nilainya pasti berbaloi.

    Ulasan kaver buku

    Hiasan kulit novel ini begitu simbolik. Wajah seorang wanita yang berselindung di balik tudung sambil membaca kitab(mungkin). Benar seperti kata seorang penulis, yang terselindung itu lebih menarik perhatian. Lagipun indahnya insan yang bergelar perempuan itu adalah pada sifat penuh misteri, dan sifat malunya.
    Sebagai wanita Islam, saya kira harus menjadi kemestian untuk membaca buku ini. Wanita Islam perlu mengenali watak dan keperibadian Rabiatul Addawayiah, seorang wanita yang benar-benar mencintai Allah Tuhan Yang Esa. Sememangnya sukar dan rasanya amat mustahil mencapai tahap @kedudukan yang tinggi seperti Rabiatul namun sekurang-kurangnya kita boleh menjadikan tingkah laku dan tutur bicaranya sebagai teladan menjadi Muslimah sebagaimana yang diinginkan dalam Islam.

  5. Siti Rahmah Mokhtaruddin
    17 Jun 2010
    9:48 AM

    32121

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Suatu malam rumah Rabiah dicerobohi oleh pencuri. Puas pencuri itu mencari jika ada barangan yang boleh diambil dan mereka hampa.

    Yang ada di rumah Rabiah hanya satu takar yang diperbuat daripada tanah.

    Ketika mereka semua sudah bersedia untuk keluar dari rumah Rabiah, mereka dikejutkan oleh satu suara. Suara itu berbunyi, “Wahai tuan sekalian, janganlah pergi dahulu sebelum membawa apa-apa.”

    .....

    .....

    Kemudian Rabiah keluar dan berkata, “Ambillah takar itu, pergilah kalian ke tempat air dan berwuduklah dengannya. Kemudian kembalilah menunaikan solat dua rakaat. Dengan cara begitu, kamu pergi dari rumah saya ini dengan membawa sesuatu.”

    - Petikan Novel Sejarah Srikandi Islam, Rabiatul Adawiyah -


    Membaca naskhah ini memberikan suatu perasaan yang sangat berbeza. Betapa saya kagum dengan ketinggian akhlak, cinta dan keyakinan Rabiah kepada Allah. Srikandi itu langsung tidak peduli hal ehwal dunia, kerana dia begitu ayik dengan cinta akhirat. Semua pinangan baik dari Sultan Basrah mahupun ulama’ terkenal ditolak kerana sesungguhnya dia telah merasa sangat cukup dengan cinta Ilahi yang lebih agung berbanding cinta makhluk bernama manusia (lelaki).

    Rabiah adalah seorang srikandi yang sangat hebat. Keyakinannya sangat tinggi kepada Allah, sehinggakan dia tidak merasa takut untuk mengajak pencuri yang memasuki rumahnya dengan tujuan yang tidak baik kembali ke jalan Allah. Berkat karamah wali Allah ini, pencuri-pencuri itu akhirnya menunaikan solat sehingga Subuh, dan bertaubat dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.

    Tidak dinafikan, membaca kisah srikandi mendatangkan perasaan yang berbeza berbanding membaca kisah para sahabat. Sebabnya, tidaklah dapat saya pastikan. Apa-apa pun, kisah ini sangat elok untuk dijadikan bahan bacaan seisi keluarga, seperti juga novel-novel tulisan Abdul Latip Talib. Kisah bermanfaat seperti ini tidak harus dijadikan bahan penghias rak-rak tinggi di kedai buku, kerana selayaknya ia dihayati dan dijadikan sumber pengajaran.

    Saya tidak perlu cakap banyak-banyak. Yang pasti, tidak rugi belajar bercinta dengan buku selagi tulisannya dapat membawa kita mengingati-Nya. Selamat membaca!

  6. Norakmal Jasni
    16 Jun 2010
    7:02 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Kisah Rabiatul Adawiyah adalah kisah yang wajib kita khabarkan kepada sahabat muslimah kita semua. Buat iktibar, diambil pengajaran yang baik, diamalkan dalam kehidupan. Usah persoal mengapa itu terjadi pada kita, mengapa ini terjadi pada kita. Itu tanda kita tidak kenal ALLAH, tidak yakin padaNya, kita tidak kenal diri kita dan apa tujuan kita di dunia.

    Capailah naskah Rabiatul Adawiyah ini dan baca. Saya percaya, jiwa wanita yang lembut itu akan bergetar kerana asyik membaca kisah seorang wanita lain yang cuma mempunyai satu cinta. Cinta kepada ALLAH.

    Bacalah juga apa usaha yang Rabiatul Adawiyah usahakan untuk memastikan beliau kekal dalam cintanya…Ia manis dibaca oleh gadis-gadis buat pedoman. Manis dibaca ibu-ibu, sebagai peringatan dan dikhabarkan semula kepada anak-anak.

    Kisah Rabiatul Adawiyah memberi peringatan kepada wanita. Saya melihat kepada tujuan kita hidup di dunia ini. Untuk apa? Untuk siapa? Untuk mengerjakan apa?

    Rabiatul Adawiyah menyebabkan air mata dalam jiwa saya gugur satu persatu. Betapa Wali ALLAH ini sentiasa bersangka baik kepadaNya, walau apa pun yang mendatang. Bukan sedikit kepayahan (kita memandang sebagai kepayahan, tidak bagi beliau), yang beliau tempuhi.

    Beliau juga ditimpakan sakit, permasalahan dalam hidup, pernah menjadi hamba bertahun-tahun. Apakah tidak berat ujian itu? Berat. Tetapi Rabiah masih merasai manisya itu semua kerana YAKIN KEPADA ALLAH. Yakin semua yang berlaku itu, ialah aturan ALLAH dan terbaik untuk dirinya. Walaupun pada pandangan manusia biasa ia adalah kepayahan. Yang terlihat olehnya ialah kemanisan dalam penantian. Kemanisan dalam penantian sebelum tiba waktunya bertemu cinta teragung.

    Jiwa Rabiatul Adawiyah, hanya kepada ALLAH. Segala perilaku beliau, untuk mendapatkan keredhaanNya. Justeru itu, tidak pelik mengapa beliau menolak tawaran, bantuan malahan pinangan dari semua. Kerana kehidupannya, hanya untuk ALLAH. Dan jika sesuatu itu terjadi juga adalah dengan kehendak dan izin ALLAH. Dengan pegangan ini, Rabiatul Adawiyah tidak berasa yang lain melainkan MANISNYA cinta kepada ALLAH.

    Akhir kata, jadikan buku ini sebagai koleksi peribadi kita. Biarkan ia menghiasi ruang utama almari buku kita. Berkongsilah kisah yang indah ini dengan sahabat-sahabat kita. Mudah-mudahan mendatangkan manfaat kepada semua.

    Terima kasih juga kepada penulis buku ini dan usahanya. Semoga selepas ini lebih banyak lagi novel sejarah srikandi Islam yang terhasil. Semoga dipermudahkan urusan penulis, Tuan Zahiruddin Zabidi.

    Ulasan lanjut di blog saya : http://tintari.blogspot.com/2010/06/novel-sejarah-srikandi-islam-rabiatul.html

Buku Pilihan

  1. 101 Akhlak Rasulullah

    Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."

  2. Adab Ramadan

  3. Armagedon: 2012

  4. Baju Raya Dari Syurga

  5. Cita Rasa Malaysia - Johor

  6. Cita Rasa Malaysia - Kelantan

  7. Diari Ramadan

  8. Dunia Sains Aiman (Edisi Khas) - Diari Ramadan Aiman

  9. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa

  10. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur

  11. Hidangan Sesuci Lebaran

  12. Hidangan Terbaik Dunia - Brunei

  13. Hidangan Terbaik Dunia - Cina

  14. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa

  15. Hidangan Terbaik Dunia - Siam

  16. Hidangan Terbaik Dunia - Singapura

  17. Hidangan Terbaik Dunia - Thailand

  18. Himpunan Soal Jawab Puasa

  19. Idea Bisnes Bulan Puasa

  20. Kad Raya Dari Syurga

  21. Keajaiban Ramadan

  22. Khalifah-khalifah yang Benar

    Khalifah-Khalifah Yang Benar merupakan kompilasi daripada empat buah novel sejarah Abdul Latip Talib yang terdahulu, iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.

  23. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu

  24. Komik-M Raya #1

  25. Komik-M Raya #2

  26. Memasak Sehebat Chef - Bubur

  27. Memasak Sehebat Chef - Sup

  28. Memasak Sehebat Chef… Rendang

  29. Negeri 5 Menara

  30. Pembimbing ke Tanah Suci

  31. Perang Badar

  32. Peristiwa Bersejarah Ramadan

  33. Puasa Sebagai Penyembuh Penyakit

  34. Puasa Terapi dalam Ibadah

  35. Punya Cinta Ramadan

  36. Ramadan: Tetamu Yang Dirindui

  37. Remaja@ptsone 2010

  38. Sarah dan Duit Raya

  39. Selamat Hari Raya the Silver

  40. Senangnya Memasak -Tauhu dan Telur

  41. Senangnya Memasak… Ayam

  42. Senangnya Memasak… Daging

  43. Senangnya Memasak… Ikan

  44. Senangnya Memasak… Kambing

  45. Senangnya Memasak… Kerabu & Salad

  46. Senangnya Memasak… Kuih-muih Minum Petang

  47. Senangnya Memasak… Makanan Barat

  48. Senangnya Memasak… Makanan Laut

  49. Senangnya Memasak… Mi, Mihun & Kuetiau

  50. Senangnya Memasak… Nasi

  51. Senangnya Memasak… Sambal & Sos

  52. Senangnya Memasak… Sayur

  53. Syoknya… Berpuasa

  54. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemas Kini)

  55. TRAVELOG SYAHADAH

  56. Young Aisyah: Ponteng Puasa

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan