Harga: RM 5.50 / RM 6.50
ISBN-13: 978-967-411-011-6
Tarikh Terbit: 20 Feb 2012
Jumlah Muka Surat : 48
Kategori: Resipi
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Masak Lemak Pucuk Manis Dan Keledek
Masak Bening Bayam
Singgang Bendi
Masak Lemak Lada Hitam Pegaga
Goreng Berlada Pucuk Keledek
Masak Taucu Terung Telunjuk
Pajeri Kedondong
Dadar Pucuk Daun Turi
Goreng Belacan Kacang Botor
Kalia Kobis
Tumis Santan Peria
Timun Masak Taucu
Acar Timun Masak
Sup Sayur Fucuk Dan Suhun
Masak Lemak Putih Nenas Muda
Gulai Betik Muda
Masak Lemak Cili Api Pegaga Dan Tempe
Sayur Pedas Labu Air
Masak Lemak Pisang Muda
Masak Lemak Daun Turi
Masak Lemak Cili Api Jering Tua
Rendang Pucuk Ubi
Tumis Berempah Lobak Putih
Chef Hanieliza adalah penulis buku resipi yang aktif menghasilkan buku resipi serta beberapa kali dijemput menjayakan program demo memasak di televisyen. Selain aktif berkongsi resipi dan mempromosikan dunia masakan di blog dan fotopages, beliau juga sudah menghasilkan 15 buah buku resipi di bawah siri 'Senangnya Memasak' diikuti buku untuk Projek Eksklusif bersama Popular Book Store berjudul 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa. Beliau juga sudah menghasilkan dua buah buku premium berjudul
Resipi Kek & Biskut dan 50 Hidangan Penambat Selera.
Kini beliau tampil lagi dengan siri baru iaitu 'Resipi Warisan' yang menghidangkan resipi turun-temurun yang jarang diperoleh, namun mudah dipelajari oleh kaum hawa khususnya untuk mereka yang mahukan kelainan dalam sajian harian keluarga.

Chef hanieliza berasal dari Kuala Lumpur dan sudah menetap di Kerteh, Terengganu selama 26 tahun. Chef Hanieliza mula aktif dalam bidang masakan sejak berumur 26 tahun. Pengalamannya dalam bidang yang diminatinya ini amat luas. Antaranya beliau aktif menjadi guru masakan di tempat Kerteh, Terengganu selain aktif menulis resipi masakan dalam blognya (http://hanieliza.blogspot.com), dan fotopages (http://hanieliza.fotopages.com) selain aktif dalam forum masakan di internet.
Chef Hanieliza sudah menghasilkan dua buah buku iaitu Aneka Talam & Lapis pada tahun 2006 terbitan Alaf 21 dan terlibat dengan Majalah JELITA sebagai chef jemputan untuk Hidangan Pengantin pada Ogos 2007 dan Juadah Terengganu pada September 2008. Chef Hanieliza juga pernah menjadi chef jemputan untuk Majalah SAJI yang menghidangkan 23 Masakan dan Kuih-muih Terengganu pada Mei 2008. Selain itu, beliau pernah menjadi chef jemputan di TV2 dalam rancangan RENGKAS PAGI, terbitan Nafalia Corporation. Chef Hanieliza juga pernah memenangi pertandingan memasak di Dungun dan Kerteh.
Sejak Jun 2009, hingga Ogos 2009, beliau sudah menghasilkan 10 buah buku Senangnya Memasak dengan PTS Millennia Sdn. Bhd. Dalam tempoh tiga bulan sahaja, buku-buku resipinya sudah habis terjual 10 ribu naskhah dan 5 daripadanya sudah diulang cetak. Sejak menjadi penulis buku resipi Senangnya Memasak, beliau aktif dijemput bagi melakukan demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Selain itu, beliau juga dijemput membuat demo masakan di MPH Mid Valley dan Popular Ikano sempena Pesta buku Popular. Chef Hanieliza sering menerima komen positif, ucapan tahniah dan ucapan terima kasih daripada peminat-peminat setianya termasuk pembaca yang pernah mencuba resipi-resipi dalam buku resipi Senangnya Memasak.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet