Speak to Win (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Brian Tracy

Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-369-109-8
Tarikh Terbit: 20 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 192

Kategori: Pembangunan Diri

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Selama bertahun-tahun, pakar terkemuka dunia, Brian Tracy, menyampaikan lebih daripada 4,000 pembentangan dan bercakap secara personal kepada lebih 5 juta orang di 46 negara. Keupayaannya menyampaikan ucapan yang memenangi hati audiens dan komunikasi lisan yang efektif dalam membentangkan idea membantu mengubah hidup dan kerjayanya. Kini, dalam Speak to Win, Brian Tracy menunjukkan cara menguasai seni berucap terhebat. Gunakannya bagi mencapai matlamat yang hampir mustahil mahu dicapai!

Ini bukan rahsia lagi! Orang berjaya tahu apabila bijak bercakap ini membantu kita meraih penghormatan, menjadi aset berharga syarikat, mendapat bisnes baru, dan membantu mendapat perhatian orang berpengaruh yang boleh membuka pintu penting kepada kehidupan dan kerjaya. Selain daripada itu, keupayaan berucap dengan yakin kepada sebarang saiz ataupun jenis audiens adalah kunci utama bagi mendaki tangga profesional.

Di dalam Speak to Win, beliau mendedahkan teknik yang boleh digunakan bagi membentang dengan penuh mantap dan bercakap penuh persuasif. Pembentangan itu sesuai dalam perjumpaan formal ataupun di hadapan kumpulan besar manusia. Anda akan belajar bagaimana:

  • Tampil yakin, positif, dan tenang walau siapa pun audiens.

  • Raih perhatian audiens dari awal.

  • Menggunakan bahasa badan, prop, dan teknik vokal supaya audiens tertarik.

  • Beralih topik dengan lancar.

  • Menggunakan jenaka, cerita, petikan, dan soalan penuh skil.

  • Mengurus audiens yang skeptikal.

  • Menggulung dengan mantap dan jitu.

Buku ini menjangkaui asas bercakap dan berucap yang membawa anda kepada rahsia terhebat supaya kelihatan hebat semasa membentang serta membenarkan anda bukan sahaja berkomunikasi dengan efektif, malah menguasai skil menukar minda audiens mengenai subjek yang kritikal demi kejayaan anda.

BRIAN TRACY adalah speaker paling berjaya di dunia dan perunding pembangunan diri dan profesional, bercakap kepada lebih daripada 250 ribu orang setahun. Firmanya, Brian Tracy International berada di San Diego, rangkaian sekutunya merentasi Amerika Syarikat dan 31 negara lain. Beliau juga adalah penulis buku bestseller seperti The Power of Charm, Focal Point, Time Power, Create Your Own Future, Eat That Frog! dan Goals.

Sinopsis

Pengenalan: Bercakap Supaya Menang

Bab 1 Seni Berucap dan Retorik

Bab 2 Rancang dan Bersedia

Bab 3 Yakin Diri dan Kuasai Mental: Menghakis Ketakutan Pengucapan Awam

Bab 4 Bermula dengan Yakin

Bab 5 Kuasai Mesyuarat dengan Kumpulan Kecil

Bab 6 Kuasai Pembentangan dan Perundingan Kumpulan Kecil

Bab 7 Penguasaan Platform: Memukau Khalayak Ramai

Bab 8 Penguasaan Vokal - Teknik Suara Terhebat

Bab 9 Helah Perdagangan, Teknik Pakar Penceramah

Bab 10 Mengawal Ruang

Bab 11 Tamat dengan 'Meletup' - Biarkan Khalayak Terkedu

Bab 12 Membuat Pembentangan Jualan yang Persuasif

Info Penulis

Brian Tracy adalah penceramah profesional terkenal dan jurulatih dalam bidang jualan. Beliau sudah melatih lebih 500 000 wakil jualan di seluruh dunia. Tracy juga sudah meneulis 36 judul buku dan menghasilkan lebih daripada 300 program pembelajaran dalam bentuk audio dan video dalam subjek seperti jualan, pengurusan, kepimpinan dan produktiviti peribadi. Beliau menulis buku terlaris seperti Focal Point, Goals!, Create Your Own Future, dan Million Dollar Habits. Maklumat lanjut layari laman web beliau.

Buku lain oleh penulis ini

  • The Psychology of Selling - Psikologi Menjual
    RM 39.90 / RM 42.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-87-5
    Tarikh Terbit: 01 Apr 2008
  • The Art of Closing The Sale
    RM 30.00 / RM 33.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-19-6
    Tarikh Terbit: 07 Jan 2009
  • No Excuses! (Jangan Berdalih Lagi untuk Berjaya)
    RM 34.00 / RM 37.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-086-2
    Tarikh Terbit: 21 Feb 2011
  • Speak to Win (Edisi Bahasa Melayu)
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-109-8
    Tarikh Terbit: 20 Jun 2011
  • Focal Point (Edisi Bahasa Melayu)
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-112-8
    Tarikh Terbit: 25 Jul 2011
  • Reinvention (Edisi Bahasa Melayu)
    RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-111-1
    Tarikh Terbit: 01 Aug 2011

Temubual bersama penulis