Artikel

Lihat Apa Kata Mentee Pengasas ABS Ini Tentang Psikologi Orang Bisnes Yang Berjaya

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 12 Jun 2017

Memulakan bisnes kecil dengan simpanan RM40,000 setelah berhenti kerja.

Tiga bulan pertama, semuanya masih dalam kawalan.

Tiga bulan seterusnya, pekerja mula berhenti bekerja

Genap setahun, wang dalam bank hanya tinggal RM27 untuk menanggung seluruh ahli keluarga.

Inilah dunia bisnes.

Lambungan ombaknya boleh membawa maut.

Ada yang berjaya, ada yang gagal. Namun tiada yang tidak merasa peritnya melalui fasa-fasa mendebarkan jiwa seperti kehabisan wang atau ditipu rakan kongsi.

Di saat genting sebegini, apa yang boleh dilakukan untuk tetap waras?

Menurut Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Zusuff Kan, adalah bijak untuk sentiasa menguruskan motivasi diri dan juga bakat yang ada dengan baik.

Setiap perkara datang dengan kelebihan dan kekurangan, dan semua ini menguntungkan jika kita belajar menerima dengan baik. Hal in penting lebih-lebih lagi bagi seorang ketua yang berperanan untuk membawa pasukan lebih jauh ke hadapan.

Beri ruang pada diri dan orang lain untuk membuat kesilapan, dan belajar daripadanya.

Pengurusan ini terutama sekali penting bagi mereka yang terlibat dalam kerjaya berbentuk freelancer atau free-agent.

Meskipun kadang dilaung sebagai pahlawan tanpa raja, bisnes yang dijangka akan lebih banyak mendominasi ekonomi pada masa hadapan ini memerlukan individu yang memiliki gaya berfikir yang berbeza daripada gaya mereka yang bekerja makan gaji.

Bayangkan sahaja bekerja tanpa ofis, tanpa rakan sekerja tetap, serta perlu sentiasa mampu menyesuaikan diri mengikut projek dan permintaan semasa, sudah semestinya individu sebegini perlu memiliki konsep diri dan kemahiran interpersonal yang teguh.

memulakan bisnes sendiri

Klik di sini untuk membeli buku Memulakan Bisnes Sendiri dengan tawaran diskaun berganda

Adakah anda merasakan memiliki karakter hebat orang-orang bisnes? Tunggu dulu sehingga anda mencuba sendiri sebuah ujian personaliti yang dinamakan ujian gula-gula getah oleh Walter Mischel (juga dikenali sebagai Marshmallow Test)

Jika anda memang mampu menangguh kepuasan untuk kejayaan yang lebih besar, tidak syak lagi, anda memang orang yang mampu berjaya.

Sikap ini sebenarnya dapat dilatih semenjak kecil lagi, agar ia menjadi kebiasaan yang baik dan menjadikan diri orang yang mampu bertabah dalam fasa membina siri-siri kejayaan kecil dalam perjalanan mencapai kejayaan yang lebih jauh.

Jadi tunggu apa lagi? Cabar diri anda untuk memiliki bisnes sendiri.

Tiada duit modal?

Belajarlah dari kisah Nabi Muhammad. Modal tidak semestinya dalam bentuk kebendaan. Modal intelektual dan bakat juga mampu digunakan asalkan anda bijak menjadikan masalah sebagai peluang untuk menawarkan penyelesaian.

Untuk lebih lanjut, sangat disarankan buku Psikologi Orang Berjaya karangan Puan Ainon Mohd, pengasas Ainon Bisnes School dengan moto, ‘Membawakan Kebaikan’.

puan ainon

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024