Artikel

Usaha Ben Wong Mendalami Budaya Melayu: ATAN Edisi Istimewa

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 30 Jul 2015

Karyanya telah mengangkat namanya di persada antarabangsa. Siapa yang tidak kenal dengan Ben Wong?

Seorang kartunis yang telah mendapat dua kali anugerah Silver Award dalam International Manga Award. Diberikan anugerah di peringkat seperti itu sudah cukup membuktikan bahawa karya hasil Ben Wong adalah bertaraf antarabangsa.

Usaha beliau mendalami dan memahami budaya Melayu tidak sia-sia kerana dapat menghasilkan komik Atan yang menarik.

Komik Atan yang sebelum ini juga mendapat sambutan yang baik daripada para pembaca.

Komik yang bertemakan tradisi hidup masyarakat Melayu di kampung ini adalah sesuatu yang jarang untuk kita lihat dihasilkan oleh seorang kartunis yang berbangsa Cina.

Pastinya sesuatu yang menarik dijanjikan oleh Ben Wong di dalam karya beliau.

Siri Atan kali ini penuh dengan elemen yang agak sentimental. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari karya Ben Wong kali ini.

Bagi anda yang ada haiwan kesayangan, mungkin siri Atan kali ini akan terkesan kepada anda.

Apa yang pasti, siri Atan karya Ben Wong kali ini pastinya menarik dan akan memberi kepuasan kepada para pembaca.

Selain dari itu, banyak manfaat yang kita boleh dapat dari karya Ben Wong.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024