Artikel

Ilmu Tentang Rukun Islam yang Ke-4: Bahagianya Apabila Zakatmu Diterima Allah

oleh Khairul Aswad Khairul Anuar pada 31 Jul 2015

Apabila tibanya bulan Ramadan, selain berpuasa, anda juga telah membayar zakat fitrah. Maka, anda hanya perlu menunggu ketibaan hari lebaran untuk meraikan kemenangan anda melawan nafsu.

Tibanya 1 Syawal, anda telah menanda check list peribadi anda, mengatakan anda telah selesai menjalankan rukun Islam yang ketiga dan keempat dalam Islam itu. Sekarang, jika panjang umur dan dimurahkan rezeki, anda mungkin akan ke Mekah pula.

Sekejap! Adakah ini bermakna anda telah pun bebas daripada tanggungjawab berzakat pada tahun itu? Tahukah anda zakat fitrah yang dibayar tadi hanyalah sebahagian kecil daripada kumpulan-kumpulan zakat?

Bagi mengelakkan diri daripada terus tidak tahu, amatlah digalakkan untuk anda mendapatkan buku terbaru keluaran PTS ini, Bahagianya Apabila Zakatmu Diterima Allah.

Harta yang kita peroleh selama ini, bukan semuanya hak milik kita. Sebetulnya, harta itu adalah milik Allah semata-mata yang dipinjamkan kepada kita.

Manusia pula diamanahkan untuk mentadbir harta Allah untuk digunakan ke jalan yang betul. Maka, atas perintah pemilik harta, kita diseru untuk mengeluarkan sebahagian harta yang kita ada untuk diberi kepada orang lain yang layak dan memerlukan.

Anda kenal penulis thriller terkenal, Ramlee Awang Mursyid? Adakah anda tahu yang sebelum dia terkenal, selama dua belas tahun bukunya tidak pernah laku!

Namun, suatu hari Allah ilhamkan beliau untuk berzakat. Alhamdulillah, selepas berzakat, buku-buku beliau telah menjadi laku keras sehinggalah beliau mencipta nama sekarang.

Hebat bukan penangan zakat? Harta kita tidak akan berkurang, malah akan bertambah jika kita benar-benar ikhlas.

Dalam buku ini, pembaca akan dapat membezakan apa itu zakat, infaq, dan sedekah. Adakah duit yang anda beri kepada pengemis yang anda jumpa di pasar malam itu dikategorikan sebagai zakat?

Atau itu adalah sedekah? Zakat juga terbahagi kepada pelbagai jenis zakat dan setiap jenis zakat itu mempunyai syarat-syarat yang tersendiri sebelum jatuhnya hukum wajib dizakatkan.

Pembaca tidak akan bosan sepanjang membelek helaian buku ini kerana ilustrasi yang dipamerkan macam pelangi, sangat berwarna-warni.

Penceritaannya mudah dan ringkas, namun padat. Anda tidak akan terasa seperti membaca buku teks universiti.

Yang lebih menarik, penggunaan gambar dan jadual disediakan bagi memudahkan pembaca memahami setiap satu isi agar tidak terkeliru.

Jadi, apa lagi? Marilah dapatkan buku ini. Menebalkan ilmu di dada dengan pengetahuan zakat dapat membantu anda untuk menjadi seorang muslim yang hebat.

Daripada anda menghabiskan wang membayar bil telefon untuk menghubungi pegawai zakat bagi bertanya soalan, lebih baik anda beli buku ini, bukan?


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024