Artikel

Bagaimana Model Perniagaan Waqaf Milik Saiful Nang membantu Asnaf

oleh Siti Munira Abdul Rashid pada 15 Jun 2016

Kita tahu Saiful Nang sering kali memberitahu, perniagaan yang beliau lakukan sekarang adalah perniagaan untuk membantu asnaf miskin dan anak yatim.

Bagaimana sebenarnnya perniagaan ini run modal dan mendapatkan keuntungan. Bagaimana pula dengan pembayaran gaji para pekerja?

Ada orang beritahu tentang fitnah yang mengatakan Saiful Nang menjadikan Rumah Kebajikan sebagai perniagaan utama.

Beliau menjalankan perniagaan biasa yang untungnya 100% diberi kepada kebajikan.

Mat saleh panggil model ini sebagai ‘Social Enterprise’. Ini beberapa model yang ditulis oleh Saiful Nang dalam bukunya Mat Jenin Sebenarnya Hero. Terbitan Puteh Press.

 

A.    KUTIPAN 100% - UNTUK KEBAJIKAN

B.    UNTUNG 100% - UNTUK KEBAJIKAN

C.   UNTUNG 100% - UNTUK KEBAJIKAN TETAPI SEBAHAGIAN DILABUR SEMULA

 

MODEL A

Tidak sustainable kerana perlukan modal dan seluruh pendapatan diberi untuk kebajikan. Biasanya cara begini, sekali buat terus berhenti kecuali orang yang sangat-sangat kaya buat.

 

MODEL B

Setelah ditolak modal, kos produk, kos operasi, dan pelbagai lagi kos dan setelah dibayar cukai, berulah diserahkan kepada kebajikan 100%.

Model ini sustainable TETAPI saiznya akan sentiasa sama dan tidak berkembang.

 

MODEL C

Sama seperti model B tetapi penerima akan melaburkan sebahagian kepada development operasi perniagaan. Model C akan sustainable dan akan berkembang.

Jika tahun ini untung RM500,000 tapi dilaburkan semula RM250,000, perniagaan berkembang dan akan jana RM1 juta pula tahun hadapan yang juga akan dilaburkan semula RM500k dan diambil RM500k.

 

Kumpulan syarikat Colours of Asia Sdn Bhd memiliki rangkaian syarikat dalam bidang produksi media, Social Media Warfare Consultancy,

Clothing & Apparel, Event Management, Online Retails, Professional Large Format Photographic Printing, Training Centre.

Dalam kumpulan sekutu kami menjalankan perniagaan stesen minyak Petronas, Transport & Logistic, perniagaan kereta terpakai,

Online Security System, Importer of Electronic Goods, dan percetakan. Semua perniagaan ini dijalankan oleh sebahagian besar asnaf Rumah Pengasih Warga Prihatin.

Asnaf fakir diberikan cara untuk berkarya sehingga mampu menjadi usahawan dalam semua cabang-cabang perniagaan itu.

Semua perniagaan di atas dijalankan dengan Model C. Saya masih menerima gaji sebagai sebahagian kos operasi dan sebahagiannya dilabur semula untuk membesarkan operasi syarikat.

Contoh paling popular, T-Shirt Sarcasteek yang sering dicanang yang keuntungannya 100% pergi kepada kebajikan anak yatim & asnaf

Ini bermaksud pengasas produk ini tidak lansung mengambil untung ke saku peribadi.

RM2 juta setahun dan setelah ditolak kos pentadbiran, operasi, material, produk, dan sebagainya. Maka tinggal RM800,000 dan setelah ditolak cukai LHDN katakan baki sekitar RM 500,000 dan itulah yang diberikan kepada kebajikan.

Inilah model SOCIAL / WAQF ENTERPRISE yang tulen. RM 250,000 tunai yang ditabur semula itu digunakan untuk mengembangkan perniagaan yang juga memberi laluan untuk peluang kerjaya kepada asnaf fakir yang dilatih.

RM 250,000 tunai untuk kebajikan juga boleh digunakan untuk pembangunan operasi rumah anak yatim dan asnaf sebagai beneficiaries.

Sebenarnya, jika WAQF Enterprise ini dijadikan model perniagaan, walaupun tidak 100% mungkin 50% atau 30% sekalipun, saya yakin…tiada orang miskin atau anak yatim yang tidak terbela di atas bumi Malaysia ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024