Artikel

Anugerah Kulit Buku Cantik Diperkenal Buat Pertama Kali di PBAKL 2018

oleh Asri Yussof pada 09 Feb 2018

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya Anugerah Kulit Buku Cantik diperkenalkan bermula pada tahun ini di acara buku terbesar, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan setiap tahun.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada tahun ini dijangka akan berlangsung bermula 27 April hingga 6 Mei 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

PTS

Kulit buku yang disenarai pendek akan dipamerkan dan undian akhir akan berlangsung di PBAKL. Anugerah Kulit Buku Cantik akan dinilai secara terbuka oleh semua pengunjung yang hadir ke pesta buku itu nanti.

Pencalonan dibuka untuk semua jenis buku tanpa mengira tahun penerbitan. Pengundian awal dibuat melalui pengiraan bilangan ‘like’ terbanyak di facebook rasmi Anugerah Kulit Buku Cantik.

Anugerah Buku Cantik

Kriteria utama bagi anugerah ini ialah reka bentuk kulit buku dan bukannya kandungan buku. Anugerah ini adalah anugerah untuk mengiktiraf pereka kulit buku tempatan yang sangat kreatif ketika proses penerbitan.

Tahun lalu, lebih 35 judul buku pelbagai genre terbitan Malaysia dicalonkan untuk anugerah The Beauty and The Book Award 2017, iaitu hadiah pilihan pembaca bagi reka bentuk buku tercantik di peringkat antarabangsa.

Anugerah ini dianjurkan oleh ‘The Book Art Foundation dan The Frankfurt Book Fair yang memberi peluang kepada semua peminat buku di seluruh dunia untuk mengundi kulit buku kesukaan mereka secara atas talian.

frankfurt bookfair

Untuk menyertai pencalonan bagi Anugerah Kulit Buku Cantik ini, anda hanya perlu menghantar visual kulit buku dalam format jpg bersaiz 2MB ke email: [email protected]. Sertakan bersama  maklumat yang berikut:

1. Judul buku:

2. ISBN:

3. Genre/kategori:

4. Ilustrator/Penulis:

5. Penerbit:

6. Nama Penghantar:

7. e-mel:

8. No telefon:

9. Kulit buku ini pilihan saya kerana…

Diskau menjadi-jadi

Klik di sini untuk melihat senarai Diskaun Menjadi-jadi di Bookcafe.com.my

Ini pula adalah tarikh-tarikh penting yang patut anda ambil tahu berkaitan Anugerah Kulit Buku Cantik,

Tarikh pencalonan dan pengundian awal dibuka: 25 Januari hingga 31 Mac 2018

Pengundian diberhentikan pada 00:01 1 April 2018

Pengumuman senarai pendek: 16 April 2018

Pengundian akhir akan berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018: 28 April hingga 1 Mei 2018.

Pengumuman pemenang: 5.00 petang, 5 Mei 2018 di Pelantaran Putra PWTC. Kulit buku yang menerima undian terbanyak semasa pengundian akhir akan menerima anugerah ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024