Artikel

10 Buku Bestseller 2017 Yang Ramai Orang Beli Secara Online di Bookcafe.com.my

oleh Abdullah pada 04 Jan 2018

1. Tarbiyatul Aulad Fil Islam Jilid 1

Tarbiyatul Aulad Fil Islam Jilid 1

Buku ini mempunyai dua jilid. Ditulis oleh ulama terkemuka, Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Beliau dilahirkan pada 1928 Masihi di Daerah Qadhi Askar yang terletak di bandar Halb, Syria.

Dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan serta muamalat sesama manusia.

Buku ini menggariskan persediaan awal bagi mencorak peribadi anak bermula dari proses memilih pasangan hidup sehingga persediaan daripada aspek fizikal, mental, dan psikologi ibu bapa sebelum dan selepas kelahiran anak. Klik di sini untuk memiliki buku ini

2. Misi Solat 5 Waktu: Diari Solat Imran

Misi solat 5 waktu

Anak-anak kita mesti tidak suka jika membaca buku didikan agama yang tulisannya panjang lebar macam buku karangan di sekolah. Apa kata, kita cuba ajar anak kita untuk belajar solat 5 waktu dengan komik.

Misi Solat 5 Waktu yang diterbitkan oleh Komik-M ini adalah sebuah komik yang memberi kefahaman kepada anak-anak kita tentang solat secara santai dan mudah faham. Ada kartun yang tidak akan membosankan anak-anak kita. Klik di sini untuk memiliki buku ini.

3. Memulakan Bisnes Sendiri

Memulakan Bisnes Sendiri

Buku yang ditulis oleh ikon bisnes, Puan Ainon Mohd pada tahun 2007 ini adalah buku bestseller sepanjang zaman. Sehingga sekarang ia masih dicetak dan mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pembeli.

Memulakan Bisnes Sendiri, memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes.

Selain itu, Puan Ainon juga menulis tentang bagaimana memilih rakan kongsi, bagaimana syarikat dirompak, bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan dan perkara baik yang membahayakan. Klik di sini untuk memiliki buku ini

4. I’m A Backpacker Japan

japan

Buku ini ditulis oleh Kamal Zharif. Anak malaysia yang menetap di Jepun. Jika anda mahu ke Japan, jangan segan-segan untuk menghubungi beliau di facebook.

Buku ini memberi fokus lebih di Tokyo. Bermula dari pengenalan tentang Tokyo, musim-musim yang ada di Jepun, sejarah pembinaan negara Jepun, survival skill dan tempat-tempat yang wajib anda singgah jika berkungjung ke sana. Klik di sini untuk memiliki buku ini

5. How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk - Edisi Bahasa Melayu

How to talk so kids will listen

Buku ini adalah karya terjemahan dari Scribner yang berpusat di New York. Buku yang ditulis oleh Adele Faber & Alaine Mazlish dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Nora Herni Abd. Rahim.

Buku ini memberitahu kepada semua ibu bapa, mereka perlu berbeza di rumah. Ibu bapa sering menafikan perasaan dan pendapat anak-anak.

Sebenarnya, hal ini akan cenderung mengelirukan dan membuatkan anak cepat marah dan berang dengan kita. Klik di sini untuk memiliki buku ini

6. 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sudah ramai orang kenal dengan ceramah-ceramah tentang kekeluargaan islam. Beliau bekerjasama dengan PTS dan menerbitkan buku tip didik anak gaya Nabi.

Pernah tak kita dengan Nabi marah dan pukul anak? Anda perlu dapatkan buku ini dan amalkan 1 tip untuk satu 1 hari. Semoga menjadi keluarga yang sakinah. Klik di sini untuk memiliki buku ini

7. Fahami Bacaan Dalam Solatmu

fahami bacaan dalam solatmu

Buku ini disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama, Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron (Profesor pengajian pedagogi Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI) dan Ibrahim bin Hashim (Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI).

Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat.

Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalan pembaca. Klik di sini untuk memiliki buku ini

8. Riyadus Solihin

Riyadus Solihin

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu kerana nilai ilmunya yang sangat berharga. Klik di sini untuk memiliki buku ini

9. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Tenggelamnya Kapal van der wijck

Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang.

Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati.

Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima.

Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati.

Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung dengan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Klik di sini untuk memiliki buku ini

10. Amalan Kecil Berpahala Besar

Amalan kecil berpahala besar

Buku kecil ini adalah sebuah koleksi pelbagai amalan mudah dan ringan yang dapat dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia menjanjikan pahala besar. Bahkan, ada juga terdapat amalan yang menjadi pembuka pintu syurga.

Amalan itu dipanggil sebagai amalan mudah kerana ia lebih mudah dilakukan berbanding dengan amalan lain. Ia juga dipanggil amalan ringan kerana ia mampu dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal dan tenaga yang berat. Klik di sini untuk memiliki buku ini

Bookcafe.com.my adalah kedai buku online yang menawarkan lebih 5000 tajuk buku dari 150 penerbit buku tempatan dan antarabangsa dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024