Buku
Riyadus Solihin
ISBN: 978-967-366-133-6
Kod Bar: 9789673661336
Muka Surat: 1072
Saiz (inci): 7.5 x 10
Saiz (cm): 26 x 19
Tarikh Terbit: 30 Apr 2012
Kategori: Islam, Doa & Amalan
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-366-133-6
Kod Bar: 9789673661336
Muka Surat: 1072
Saiz (inci): 7.5 x 10
Saiz (cm): 26 x 19
Tarikh Terbit: 30 Apr 2012
Kategori: Islam, Doa & Amalan
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Keistimewaan kitab ini:
• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik
• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah
• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta
• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan
• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luasdan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah
Bab 1 Ikhlas
Bab 2 Taubat
Bab 3 Sabar
Bab 4 Bersifat Benar
Bab 5 Berasa Bawah Pengawasan Allah
Bab 6 Takwa
Bab 7 Yakin dan Tawakal
Bab 8 Istiqamah
Bab 9 Galakan Berfikir
Bab 10 Segera Melakukan Perkara Baik
Bab 11 Melakukan Sesuatu dengan Bersungguh-Sungguh
Bab 12 Galakan Menambah Amalan Baik pada Akhir Umur
Bab 13 Jalan-Jalan Kebaikan
Bab 14 Sederhana dalam Beribadat
Bab 15 Memelihara Kelangsungan Amalan
Bab 16 Perintah Memelihara Sunah Nabi Muhammad
Bab 17 Wajib Mengikut Hukum Allah
Bab 18 Larangan Bidaah
Bab 19 Memulakan Perbuatan Baik
Bab 20 Menunjukkan Perbuatan Baik
Bab 21 Tolong-Menolong dalam Melakukan Kebaikan dan Takwa
Bab 22 Nasihat
Bab 23 Menggalakkan Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
Bab 24 Cakap Tidak Serupa Bikin
Bab 25 Menunaikan Amanah
Bab 26 Haram Menzalimi
Bab 27 Menghormati dan Mengasihi Orang Islam
Bab 28 Menutup Keburukan Orang Islam
Bab 29 Memenuhi Keperluan Orang Islam
Bab 30 Menyalurkan Bantuan
Bab 31 Mendamaikan Sesama Manusia
Bab 32 Kelebihan Orang Islam yang Lemah dan Miskin
Bab 33 Bersikap Lemah Lembut kepada Golongan yang Lemah
Bab 34 Berlemah Lembut dengan Wanita
Bab 35 Hak Suami
Bab 36 Perbelanjaan untuk Ahli Keluarga
Bab 37 Beri Hadiah yang Terbaik
Bab 38 Pastikan Orang Bawahan Mentaati Allah
Bab 39 Hak Jiran
Bab 40 Menghormati Orang Tua
Bab 41 Haram Menderhakai Ibu Bapa
Bab 42 Buat Baik dengan Rakan Bapa
Bab 43 Memuliakan Ahli Keluarga Nabi Muhammad
Bab 44 Memuliakan Ilmuan, Orang Tua, dan Orang Mulia
Bab 45 Menziarahi Orang Baik-baik
Bab 46 Berkasih kerana Allah
Bab 47 Cinta Allah
Bab 48 Tegahan Menyakiti Orang Baik
Bab 49 Menghukum Berdasarkan Bukti Zahir
Bab 50 Takut kepada Allah
Bab 51 Mengharap Kasih Sayang Tuhan
Bab 52 Keutamaan Mengharap Kasih Sayang Tuhan
Bab 53 Antara Takut dan Harap
Bab 54 Kelebihan Menangis
Bab 55 Kelebihan Miskin
Bab 56 Kelebihan Lapar dan Hidup Sederhana
Bab 57 Berpuas Hati dengan Nikmat
Bab 58 Boleh Menerima Pemberian sekiranya Tidak Meminta-Minta
Bab 59 Galakan Bekerja Sendiri
Bab 60 Murah Hati dan Dermawan
Bab 61 Larangan Bersifat Bakhil
Bab 62 Mengutamakan Keperluan Orang Lain
Bab 63 Berlumba-Lumba Mencari Nikmat Syurga
Bab 64 Kelebihan Orang Kaya yang Bersyukur
Bab 65 Mengingati Mati
Bab 66 Doa Ziarah Kubur
Bab 67 Larangan Mengharap supaya Dimatikan Segera
Bab 68 Meninggalkan Perkara yang Diragui
Bab 69 Menjaga Maruah Diri
Bab 70 Kelebihan Bergaul dengan Masyarakat
Bab 71 Merendah Diri
Bab 72 Diharamkan Sifat Takbur
Bab 73 Baik Budi Pekerti
Bab 74 Tenang Selalu
Bab 75 Selalu Memaafkan
Bab 76 Menanggung Keperitan
Bab 77 Marah apabila Hukum Allah Dilanggar
Bab 78 Mengasihi Orang Bawahan
Bab 79 Pemimpin Adil
Bab 80 Wajib Mentaati Pemimpin
Bab 81 Larangan Meminta Jawatan
Bab 82 Mengingatkan Pemimpin supaya Memilih Kawan yang Baik
Bab 83 Dilarang Memberi Jawatan kepada Orang yang Memintanya
Bab 84 Pentingnya Bersifat Malu
Bab 85 Menjaga Rahsia
Bab 86 Menunaikan Janji
Bab 87 Memberi Komitmen kepada Amalan Baik
Bab 88 Tutur Kata Mulia
Bab 89 Galakan Bercakap dengan Jelas
Bab 90 Menjadi Pendengar yang Baik
Bab 91 Bersederhana ketika Memberi Nasihat
Bab 92 Bersikap Tenang
Bab 93 Digalakkan Melakukan Ibadah dengan Tenang
Bab 94 Memuliakan Tetamu
Bab 95 Mengucapkan Tahniah atas Kejayaan
Bab 96 Mendoakan Sahabat
Bab 97 Bermesyuarat
Bab 98 Meluaskan Keberkatan Tempat Melakukan Ibadah
Bab 99 Galakan Mendahulukan Anggota Sebelah Kanan
Bab 100 Membaca Bismillah dan Alhamdulillah
Bab 101 Jangan Mengkritik Makanan
Bab 102 Ucapan Orang Berpuasa apabila Diajak Makan
Bab 103 Ucapan Tetamu Undangan Majlis Makan
Bab 104 Adab Makan dan Nasihat untuk Orang yang Kurang Sopan
Cara Makannya
Bab 105 Larangan Makan Dua Biji Kurma Sekaligus
Bab 106 Nasihat kepada Orang yang Makan tetapi Tidak Kenyang
Bab 107 Makan dari Tepi Pinggan
Bab 108 Tegahan Makan Sambil Bersandar
Bab 109 Makan dengan Tiga Jari
Bab 110 Makan Beramai-ramai
Bab 111 Etika ketika Minum
Bab 112 Makruh Minum dari Lubang Beg Kulit
Bab 113 Makruh Meniup Minuman
Bab 114 Boleh Minum Sambil Berdiri tetapi Lebih Baik Duduk
Bab 115 Orang yang Memberi Minum kepada Orang Lain Seeloknya
Minum Akhir Sekali
Bab 116 Bekas Minuman
Bab 117 Galakan Memakai Pakaian Berwarna Putih
Bab 118 Galakan Memakai Jubah
Bab 119 Had Labuh Pakaian
Bab 120 Galakan Berpakaian Biasa
Bab 121 Galakan Berpakaian Cantik
Bas 122 Memakai Pakaian daripada Sutera
Bab 123 Memakai Pakaian daripada Sutera bagi Tujuan Rawatan
Bab 124 Larangan Duduk di atas Kulit Harimau
Bab 125 Doa Ketika Memakai Pakaian Baru
Bab 126 Sunah Mendahulukan Anggota Kanan ketika Memakai Pakaian
Bab 127 Etiket Tidur dan Baring
Bab 128 Dibenarkan Baring Telentang. Duduk Bersila, dan Duduk
Sambil Memeluk Kedua-Dua Betis
Bab 129 Etiket Duduk dalam Majlis
Bab 130 Mimpi
Bab 131 Kelebihan Memberi Salam dan Perintah supaya
Menyebarkan Salam
Bab 132 Cara Memberi Salam
Bab 133 Etiket Bersalam
Bab 134 Mengulang-ulang Salam
Bab 135 Galakan Memberi Salam apabila Memasuki Rumah Sendiri
Bab 136 Memberi Salam kepada Kanak-kanak
Bab 137 Salam Lelaki kepada Perempuan
Bab 138 Salam kepada Bukan Islam
Bab 139 Salam Sebelum Mengundurkan Diri
Bab 140 Etiket Meminta Izin
Bab 141 Etiket Memperkenalkan Identiti Diri
Bab 142 Doa untuk Orang Bersin
Bab 143 Etiket Meraikan Pertemuan dan Perpisahan
Bab 144 Menziarahi Orang Sakit
Bab 145 Doa untuk Orang Sakit
Bab 146 Galakan Bertanya Keadaan Pesakit
Bab 147 Bacaan untuk Orang yang Putus Harapan
Bab 148 Sunat Berpesan kepada Keluarga Orang yang akan Mati supaya
Berbuat Baik kepadanya
Bab 149 Kebenaran Mengaduh Kesakitan
Bab 150 Mengajar Mengucap kepada Orang yang Hampir
Meninggal Dunia
Bab 151 Bacaan selepas Menutup Mata Jenazah
Bab 152 Berdoa untuk Jenazah
Bab 153 Dibenarkan Menangisi Jenazah
Bab 154 Tidak Membuka Aib Jenazah
Bab 155 Sembahyang Jenazah dan Mengiringi Jenazah
Bab 156 Galakan Meramaikan Sembahyang Jenazah
Bab 157 Bacaan dalam Sembahyang Jenazah
Bab 158 Menyegerakan Pengurusan Jenazah
Bab 159 Segera Membayar Hutang Si Mati
Bab 160 Nasihat di Tanah Perkuburan
Bab 161 Doa untuk Jenazah selepas Dikebumikan
Bab 162 Memberi Sedekah bagi Pihak Jenazah dan Berdoa untuknya
Bab 163 Pujian kepada Jenazah
Bab 164 Kelebihan Orang yang Kematian Anak Kecil
Bab 165 Galakan Menangis Semasa Lalu di Kawasan Perkuburan
Orang Zalim
Bab 166 Sunat Memulakan Perjalanan pada Pagi Khamis
Bab 167 Sunat Berjalan dalam Kumpulan
Bab 168 Etiket dalam Perjalanan
Bab 169 Membantu Kawan
Bab 170 Doa apabila Menaiki Kenderaan
Bab 171 Bacaan apabila Naik dan Turun Bukit
Bab 172 Berdoa dalam Perjalanan
Bab 173 Doa Sewaktu Takut
Bab 174 Doa apabila Menginap
Bab 175 Galakan Segera Pulang selepas Selesai Tugas
Bab 176 Galakan Pulang ke Rumah Waktu Siang
Bab 177 Doa Pulang daripada Perjalanan Jauh
Bab 178 Galakan Masuk Masjid
Bab 179 Perempuan Diharamkan Berjalan Jauh Seorang Diri
Bab 180 Kelebihan Membaca Al-Quran
Bab 181 Perintah Sentiasa Membaca Al-Quran
Bab 182 Galakan Membaca Al-Quran dengan Suara yang Merdu
Bab 183 Galakan Membaca Surah dan Ayat-ayat Tertentu
Bab 184 Galakan Berkumpul untuk Membaca Al-Quran
Bab 185 Kelebihan Berwuduk
Bab 186 Kelebihan Azan
Bab 187 Kelebihan Sembahyang
Bab 188 Kelebihan Sembahyang Subuh dan Asar
Bab 189 Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid
Bab 190 Kelebihan Menunggu Waktu Sembahyang
Bab 191 Kelebihan Sembahyang Berjemaah
Bab 192 Galakan Bersembahyang Subuh dan Isyak secara Berjemaah
Bab 193 Perintah Memelihara Sembahyang Wajib
Bab 194 Kelebihan Sembahyang di Barisan Pertama
Bab 195 Kepentingan Sembahyang Sunat Rawatib
Bab 196 Sembahyang Sunat Subuh
Bab 197 Sembahyang Sunat Subuh dengan Ringkas
Bab 198 Galakan Berbaring Selepas Menunaikan Sembahyang
Sunat Subuh
Bab 199 Sembahyang Sunat Zuhur
Bab 200 Sembahyang Sunat Asar
Bab 201 Sembahyang Sunat Sebelum dan Selepas Maghrib
Bab 202 Sembahyang Sunat Sebelum dan Selepas Isyak
Bab 203 Sembahyang Sunat Jumaat
Bab 204 Galakan Bersembahyang Sunat di Rumah
Bab 205 Galakan Sembahyang Witir
Bab 206 Kelebihan Sembahyang Duha
Bab 207 Waktu Terbaik bagi Sembahyang Sunat Duha
Bab 208 Sembahyang Masuk Masjid
Bab 209 Sembahyang Sunat Selepas Berwuduk
Bab 210 Kelebihan Hari Jumaat
Bab 211 Galakan Melakukan Sujud Syukur
Bab 212 Kelebihan Menghidupkan Malam dengan Beribadah
Bab 213 Galakan Sembahyang Sunat Tarawih pada Malam
Bulan Ramadan
Bab 214 Kepentingan Beribadah pada Malam Al-Qadar
Bab 215 Kelebihan Menggosok Gigi
Bab 216 Kewajipan Membayar Zakat
Bab 217 Berpuasa pada Bulan Ramadan
Bab 218 Amalan pada Bulan Ramadan
Bab 219 Larangan Berpuasa selepas Pertengahan Bulan Syaaban
Bab 220 Doa ketika Melihat Anak Bulan
Bab 221 Kelebihan Bersahur dan Melewatkan Masanya
Bab 222 Segera Berbuka Puasa
Bab 223 Perintah kepada Orang yang Berpuasa supaya Menjaga Lidah
dan Anggota Badan
Bab 224 Permasalahan Puasa
Bab 225 Kelebihan Berpuasa pada Bulan Muharam, Syaaban, Rejab,
Zulkaedah, dan Zulhijah
Bab 226 Kelebihan Berpuasa dan Beribadah pada Sepuluh Hari
Pertama Bulan Zulhijah
Bab 227 Kelebihan Berpuasa pada Hari Arafah, ‘Asyura, dan Tasu’a
Bab 228 Berpuasa Sunat Enam Hari pada Bulan Syawal
Bab 229 Berpuasa Sunat pada Hari Isnin dan Khamis
Bab 230 Digalakkan Berpuasa Sunat Tiga Hari pada Setiap Bulan
Bab 231 Kelebihan Memberi Makan Orang yang Berpuasa
Bab 232 Kelebihan Iktikaf
Bab 233 Kewajipan dan Kelebihan Haji
Bab 234 Kelebihan Berjihad
Bab 235 Golongan yang Mati Syahid
Bab 236 Kemuliaan Membebaskan Orang Suruhan
Bab 237 Mulianya Melayan Orang Suruhan dengan Baik
Bab 238 Mulianya Orang Suruhan yang Menjalankan Tanggungjawab
kepada Allah dan Tuannya
Bab 239 Kelebihan Melakukan Ibadah ketika Waktu Huru-Hara
Bab 240 Kemuliaan Bermurah Hati dalam Hal Berniaga dan
Hutang Piutang
Bab 241 Kelebihan Ilmu
Bab 242 Kelebihan Memuji dan Bersyukur kepada Allah
Bab 243 Galakan Memberi Penghormatan kepada Nabi Muhammad
Bab 244 Kelebihan dan Galakan Berzikir
Bab 245 Berzikir kepada Allah dalam Setiap Keadaan
Bab 246 Doa Hendak Tidur dan Bangun daripada Tidur
Bab 247 Kelebihan Menghadiri Majlis Zikir
Bab 248 Zikir ketika Pagi dan Petang
Bab 249 Doa ketika Hendak Tidur
Bab 250 Kelebihan Berdoa
Bab 251 Kelebihan Berdoa untuk Orang Lain Tanpa Pengetahuannya
Bab 252 Doa untuk Keadaan Tertentu
Bab 253 Keramat Para Wali Allah
Bab 254 Larangan Mengumpat
Bab 255 Haram Mendengar Umpatan
Bab 256 Umpat yang Dibenarkan
Bab 257 Tegahan Menghasut
Bab 258 Larangan Membodek Pemimpin
Bab 259 Mencela Si Talam Dua Muka
Bab 260 Haram Menipu
Bab 261 Bohong yang Dibenarkan
Bab 262 Galakan Mengkaji Maklumat yang Diterima
Bab 263 Larangan Menjadi Saksi Palsu
Bab 264 Larangan Melaknat Manusia ataupun Haiwan
Bab 265 Dibenarkan Mengutuk Pelaku Maksiat
Bab 266 Larangan Mencaci Orang Islam
Bab 267 Larangan Mencaci Orang yang Sudah Mati
Bab 268 Tegahan Menyakiti Orang
Bab 269 Larangan Saling Membenci
Bab 270 Haram Hasad Dengki
Bab 271 Larangan Mencungkil Rahsia
Bab 272 Larangan Bersangka Buruk Sesama Orang Islam
Bab 273 Haram Menghina Orang Islam
Bab 274 Larangan Menunjukkan Rasa Puas Hati apabila Orang Islam
Ditimpa Kesusahan
Bab 275 Haram Menghina Keturunan
Bab 276 Larangan Menipu
Bab 277 Haram Mungkir Janji
Bab 278 Larangan Mengungkit-Ungkit Pemberian
Bab 279 Larangan Bersikap Angkuh
Bab 280 Haram Tidak Bertegur Sapa
Bab 281 Larangan Berbisik
Bab 282 Larangan Menyeksa
Bab 283 Haram Membakar Haiwan
Bab 284 Haram Orang Kaya Melambatkan Membayar Hutang
Bab 285 Makruh Mengambil Semula Barang yang Diberi
Bab 286 Haram Makan Harta Anak Yatim
Bab 287 Beratnya Pengharaman Riba
Bab 288 Diharamkan Menunjuk-Nunjuk
Bab 289 Perkara yang Tidak Termasuk dalam Bab Menunjuk-Nunjuk
Bab 290 Haram Memandang Lelaki dan Perempuan
Bab 291 Haram Berdua-Duaan dengan Perempuan yang
Boleh Dikahwini
Bab 292 Haram Lelaki Meniru Perempuan dan Sebaliknya
Bab 293 Larangan Meniru Syaitan dan Orang Bukan Islam
Bab 294 Larangan Mewarnakan Rambut dengan Warna Hitam
Bab 295 Larangan Mencukur Sebahagian Rambut Kepala
Bab 296 Haram Menyambung Rambut, Memakai Rambut Palsu,
Bertatu, dan Merenggangkan Gigi
Bab 297 Larangan Mencabut Uban
Bab 298 Larangan Mencuci Najis selepas Buang Air dengan
Tangan Kanan
Bab 299 Larangan Memakai Sebelah Sahaja Kasut
Bab 300 Larangan Membiarkan Api Menyala
Bab 301 Larangan Menyusahkan Diri dalam Hal yang Tidak Perlu
Bab 302 Haram Meratapi Mayat
Bab 303 Tegahan Berjumpa Bomoh dan Tukang Tilik
Bab 304 Larangan Percaya Sesuatu Perkara Boleh Membawa Sial
Bab 305 Haram Membuat Patung
Bab 306 Haram Membela Anjing
Bab 307 Makruh Menggantung Loceng pada Binatang
Bab 308 Makruh Menunggang Binatang yang Makan Najis
Bab 309 Larangan Meludah di Masjid
Bab 310 Makruh Bertengkar dan Bercakap Kuat di dalam Masjid
Bab 311 Larangan Makan Makanan Berbau semasa Hendak ke Masjid
Bab 312 Makruh Duduk Memeluk Paha ke Perut Semasa Imam
sedang Berkhutbah Jumaat
Bab 313 Larangan Memotong Rambut ataupun Kuku
Bab 314 Larangan Bersumpah dengan Sesuatu Selain Allah
Bab 315 Berat Dosa Sumpah Bohong
Bab 316 Sunat Menebus Sumpah apabila Lebih Baik Dilakukan Begitu
Bab 317 Dimaafkan Sumpah yang Tidak Sengaja
Bab 318 Makruh Bersumpah dalam Urusniaga Walaupun
Bercakap Benar
Bab 319 Meminta dengan Nama Allah
Bab 320 Larangan Memberi Gelaran ‘Raja Segala Raja’
Bab 321 Larangan Memanggil ‘Tuan’ kepada Orang Jahat
Bab 322 Makruh Mencaci Demam
Bab 323 Larangan Mencaci Angin
Bab 324 Makruh Mencaci Ayam
Bab 325 Larangan Percaya Hujan Turun Disebabkan oleh Bintang
Bab 326 Haram Memanggil Orang Islam, ‘Wahai Orang Kafir!’
Bab 327 Larangan Bermulut Celupar
Adakah kitab ini mempunyai teks arab?
Kitab Riyadussolihin terjemahan PTS ini tidak disertakan dengan teks arab. Hanya teks terjemahan sahaja yang disertakan.
Apakah kitab rujukan yang digunakan untuk menterjemah kitab Riyadussolihin terbitan PTS?
Kitab yang dirujuk oleh penterjemah adalah kitab edisi asal oleh Al-Imam An-Nawawi. Kumpulan penterjemah PTS tidak menggunakan kitab edisi semakan (tahqiq) oleh mana-mana ulama sesudah zaman An-Nawawi. Hadith-hadith yang dinyatakan dalam kitab Riyadussolihin yang asal juga tidak ditahqiq oleh kumpulan penterjemah sebaliknya mereka memasukkan semua hadith asal yang dinyatakan dalam kitab riyadussolihin oleh Al-Imam An-Nawawi dengan dinyatakan sumber (riwayat).
Siapakah penterjemah kitab Riyadussolihin versi PTS?
Penterjemah kitab riyadussolihin terdiri daripada beberapa individu yang berkemahiran dalam bahasa arab, bahasa melayu dan teknik dan teori terjemahan. Berikut adalah beberapa nama penterjemah dan biodata ringkas mereka:
1. Profesor Madya Dr. Arieff Salleh Bin Rosman
Beliau sekarang bertugas sebagai Dekan di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu. Beliau berkelulusan Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Mu’tah, Jordan, Sarjana Pengajian Islam (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah dalam bidang Fiqh & Usul Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau menyumbang tenaga dalam terjemahan terutamanya melibatkan bahasa sumber iaitu bahasa arab, memandangkan pengetahuan beliau dalam bahasa arab yang baik. Selain itu, latar beliau dalam bidang pengajian Islam membantu beliau dalam menterjemah kandungan kitab Riyadussolihin supaya sesuai dan bertepatan dengan maksud dalam bahasa sasaran iaitu bahasa melayu.
2. Puan Ainon Mohd
Beliau adalah pengerusi kumpulan media PTS dan beliau berpengalaman luas dalam bidang bahasa melayu dan terjemahan. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai ketua unit terjemahan di Dewan Bahasa dan Pustaka, sebelum beliau membuka syarikat penerbitannya sendiri. Sehingga kini, beliau sudah menghasilkan lebih daripada 30 judul buku dalam pelbagai bidang. Satu daripada buku beliau yang berkaitan dengan bidang terjemahan adalah Teori dan Teknik Terjemahan.
Apakah kaedah terjemahan yang digunakan oleh penterjemah bagi menterjemah kitab Riyadussolihin?
Terdapat tiga jenis terjemahan iaitu terjemahan berbentuk literal/verbatim, terjemahan maksud dan terjemahan bebas. Kitab Riyadussolihin versi PTS diterjemahkan menggunakan kaedah terjemahan maksud yang mana ia adalah proses terjemahan yang tidak mengekalkan sturuktur ayat teks asal tetapi disesuaikan dengan struktur ayat teks bahasa Melayu sebagai bahasa sasaran tanpa menghilangkan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis asal.
Gaya bahasa yang digunakan dalam bahasa sasaran adalah bahasa melayu moden yang memudahkan pembaca untuk memahami mesej yang disampaikan oleh penulis asal.