Artikel

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang ISIS Secara Ringkas

oleh Asri Yussof pada 26 Sep 2016

  1. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS),  Islamic State (IS), Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) ataupun dalam bahasa Arabnya dipanggil DAESH iaitu Dawlah Islamiyah fi Al-Iraq wa Bilad As-Syam adalah tunjang yang sama, ianya adalahh rentetan daripada gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang asalnya terdiri daripada tiga organisasi jihad yang berbeza.

  2. Kini, kesemua organisasi ini adalah sama dan tidak ada suatu perbezaan idealogi diantara nama-nama organisasi ini.

  3. IS adalah pecahan daripada organisasi Al-Qaeda yang berpusat di Afghanistan

  4. Pada asalnya, mereka yang dikenali sebagai golongan Takfiri di Iraq bangkit dengan niat untuk menentang kependudukan tentera AS di sana pada tahun 2003.

  5. Daripada gerakan menentang penjajahan AS, mereka terheret dengan bertempur membunuh golongan Syiah di Iraq yang mendapat puncak kekuasaan hasil pemberian AS.

  6. Kumpulan ini membawa idealogi yang ekstrem sehingga mengkafirkan kumpulan-kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka. Orang awam, para pejuang Sunni, termasuk juga pimpinan dan anggota Parti Islam Iraq turut menjadi mangsa keganasan golongan IS di Iraq sejak dekad yang lalu.

  7. Kumpulan ini yang menetap di Syria bukan hanya menyerang tentera Bashar Al-Asad, malah turut melibatkan pejuang rakyat Syria lain yang berperang dengan Asad.

  8. Ulama Sunni memberikan amaran supaya umat Islam tidak tertipu dengan slogan-slogan dari mereka yang Takfiri (mengkafirkan orang lain).

  9. Kumpulan ini berjaya menarik anak-anak muda Islam dari seluruh dunia yang dianggarkan sebanyak 12,000 dari 50 buah negara termasuk dari AS dan Malaysia juga sejak 2011. Sumber dari Marie Harf, Timbalan Jurucakap Jabatan negara AS.

  10. Dianggarkan kumpulan IS mempunyai keanggotaan seramai 4,000 orang yang sedang bertempur di Iraq. Jumlah keahlian pulan dianggarkan seramai 50,000 orang di Syria dan 30,000 di Iraq.

ISIS

Nota editor: 10 perkara ini dipetik dari buku ISIS yang baru sahaja diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd, ditulis oleh 9 tokoh terkemuka yang diketuai oleh Dr. Maszlee Malik.

Dapatkan buku ISIS di Bookcafe sekarang atau di Kedai Buku PTS di Batu Caves, atau di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024