Artikel
19 Judul Buku Terbitan PTS Dibekalkan untuk Projek KEMAS
oleh Helmi pada 10 Dec 2009
Tahniah kepada para penulis PTS di mana buku-buku mereka terpilih bagi dibekalkan untuk projek KEMAS. Buku-buku yang dimaksudkan adalah seperti dalam senarai di bawah.
11 daripada judul-judul di bawah terpaksa diulang cetak segera kerana stok yang ada tidak cukup.
Buku-buku ini dijadualkan untuk dihantar kepada kontraktor pada 21 Disember 2009 bagi membolehkan para kontraktor terlibat membekalkan buku yang dipesan oleh KEMAS itu mengikut jadual yang ditetapkan.
1. Apa Itu Autisme
2. Buat Duit dengan Cendawan
3. Emilda
4. Galaksi Muhsinin
5. Ingin Aku Menggapai Mu
6. Kerjaya dalam Bidang Farmasi
7. Kerjaya dalam Bidang ICT
8. Kerjaya sebagai Pensyarah
9. Kerjaya dalam Bidang Insurans
10. Koleksi Puisi untuk Kanak-kanak
11. Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar
12. Panduan Kognitif Kanak-kanak Pra Sekolah
13. Panduan Kurikulum Prasekolah
14. Panduan Pemakanan Pra Sekolah
15. Panduan Pendidikan Pra Sekolah
16. Panduan untuk Pengusaha Tadika
17. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa
18. Pendidikan Sains Prasekolah
19. Permainan, Lagu & Puisi Kanak-Kanak