Artikel

Jabatan Editorial PTS Kini Beroperasi Sepenuhnya di Batu Caves

oleh Helmi pada 09 Dec 2009

Selepas hampir dua minggu operasi memindahkan barang-barang pejabat dari Wangsa Melawati ke Batu Caves, kini jabatan editorial PTS beroperasi sepenuhnya di pejabat baru di Batu Caves.

Lokasi sebenar jabatan editorial ialah di No. 11, Jalan DBP 3, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Pejabat ini betul-betul berada di bangunan belakang ibupejabat PTS.

Tingkat 1 iaitu tingkat paling atas menempatkan PTS Professional, PTS One, PTS Fortuna dan Pengurus Besar bahagian Editorial, En. Fauzul Na’im. Tingkat mezanie pula menempatkan PTS Millennia, PTS Islamika, PTS Litera, dan jabatan Grafik.

Manakala tingkat paling bawah pula dijadikan stor bagi menempatkan stok buku terbitan PTS.

Meskipun kesemua staf jabatan editorial sudah berpindah ke pejabat baru, kerja-kerja kecil renovasi pejabat masih lagi berjalan.

 

Suasana di tingkat mezanine, jabatan editorial PTS

 

Suasana di tingkat 1, jabatan editorial

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024