Artikel

2 Komik Baru Menghiasi Pembukaan 2018 Yang Boleh Anda Miliki

oleh Abdullah pada 09 Jan 2018

Komik KecemprengMan #2: Robot Karipap Besi, karya Poyo dan komik Budak Takraw, karya Anshari berjaya diterbitkan dan siap masuk gudang pada 5 januari, beberapa hari lalu.

Komik KecemprengMan #2: Robot Karipap Besi pada kali ini menampilkan misi yang lebih mencabar selepas berjaya menumpaskan rancangan jahat profesor A dan Robot Tempeyek Besi di dalam komik pertama sebelum ini.

Allahyarham Poyo, adalah seorang pelukis amatur yang telah membantu ramai orang untuk terhibur dan mendapatkan inspirasi daripada karya-karya beliau. Komik-M bertungkus lumus dan secara berterusan menerbitkan kembali karya-karya Poyo sebagai tribute dan penghargaan kepada beliau.

komik poyo

Karya-karya Poyo bersama Komik-M sehingga kini sudah mempunyai 8 naskah kesemuanya. Bermula dengan komik Lawak Budak Sekolah. Lawak Budak Sekolah akhirnya menjadi sebuah komik bersiri yang menghimpunkan lima siri kesemuanya.

komik budak takraw

Komik Budak Takraw karya Anshari adalah komik yang diterbitkan semula. Anshari antara artis komik terawal yang menerbitkan karya di PTS. sebelum Komik-M diwujudkan pada tahun 2008, dua karya beliau sudah diterbitkan oleh PTS, iaitu Budak Takraw dan Lukisan Hati.

Baca juga: Selepas Bertahun Idea Diperam, Akhirnya Silat Boy Diterjemah Menjadi Komik

Baca juga: Daripada Conteng-Conteng Biasa Akhirnya Terbit Menjadi Sebuah Komik

Budak Takraw mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang minat dengan permainan tradisonal, Sepak Takraw. Selepas beberapa bulan bermain tanpa bimbingan, akhirnya mereka mendapat seorang jurulatih. Tetapi jurulatih yang mereka terima tidak sama seperti yang dibayangkan.

Komik Budak Takraw

Klik di sini untuk memiliki kedua-dua komik ini atau dapatkan di mana-mana kedai buku berdekatan anda.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024