Artikel
2011: PTS Profesional Rancang Program Jelajah Universiti Seluruh Malaysia
oleh Roziyah pada 29 Dec 2010
Beberapa hari lagi, kita akan melangkah ke tahun 2011. PTS Profesional yang menerbitkan buku-buku pendidikan tampil membawakan program wacana khas buat mahasiswa universiti di seluruh Malaysia.
Program jelajah universiti ini diadakan bagi memperkenalkan dunia penulisan kepada mahasiswa-mahasiwa universiti.
"Melalui program jelajah universiti ini, PTS Profesional memberi peluang kepada mahasiswa merancang sendiri program tersebut. Mahasiswa yang berminat bekerjasama dengan PTS bagi menganjurkan program ini boleh memaklumkan terus kepada PTS Profesional," jelas Editor (pendidikan), PTS Profesional, tuan Yusry Mohamad Yusopp kepada wakil PTS Portal.
Beliau berkata, program ini memberi peluang kepada mahasiswa dan golongan intelektual berkenalan dengan buku-buku akedemik PTS.
Selain itu, program jelajah universiti bersama PTS Profesional ini juga memberi peluang kepada mahasiswa mendekati dunia penulisan karya akedemik.